AKAN DATANG: WE WILL BE LAUNCHING THE FULL WEBSITE IN SEPTEMBER 2021!
CLOSE
BOTH SIDES, NOW | DARI KEDUA-DUA BELAH, SEKARANG | 2021-2022 | LIVING WELL, LEAVING WELL

ABOUT

MAKLUMAT

Both Sides, Now is an arts-based community engagement project on end-of-life issues since 2013. The next edition, DARI KEDUA-DUA BELAH, SEKARANG is focused on engaging the Malay-Muslim community in exploring this conversation.

Adib Kosnan and Moli Mohter are the leading artists, together with Drama Box and ArtsWok Collaborative.

A series of Community Engagement Workshops will take place, March onwards, to first hear from the Malay community on end-of-life issues, which will inform culturally relevant public engagements between 2021-2022.

Both Sides, Now adalah penglibatan masyarakat berasaskan seni berkenaan isu akhir hayat semenjak 2013. Dalam edisi seterusnya, DARI KEDUA-DUA BELAH, SEKARANG menumpukan perhatian kepada penglibatan masyarakat Melayu Islam dalam meneroka perbualan ini.

Adib Kosnan dan Moli Mohter adalah artis yang memandu projek ini dan bersama dengan Drama Box dan ArtsWok Collaborative.

Satu siri Bengkel Penglibatan Masyarakat akan berlangsung pada bulan Mac untuk mendengar daripada masyarakat Melayu Islam mengenai isu-isu akhir hayat, di mana ianya akan membantu bagi menghasilkan karya-karya untuk peruntukan orang awam yang sesuai dengan budaya masyarakat tersebut dari tahun 2021 hingga 2022.

OPEN CALL

PANGGILAN TERBUKA


CALL FOR MALAY-MUSLIM PARTICIPANTS

PANGGILAN UNTUK PESERTA-PESERTA MELAYU-ISLAM

We are looking for Malay-Muslims from all walks of life and ages in Singapore to participate in our Community Engagement Workshops. This will enable us to deepen our understanding of their perspectives and attitudes towards end-of-life issues, and contribute towards the development of relevant and meaningful public engagement efforts.

Be a Participant

Registration closes on 25 February 2021

Kami memerlukan peserta-peserta Melayu-Islam dari semua lapisan masyarakat dan usia di Singapura untuk menyertai Bengkel Penglibatan Komuniti kami. Penyertaan anda akan memperbolehkan kami untuk mendalami pemahaman kami mengenai perspektif dan sikap masyarakat Melayu-Islam terhadap isu-isu akhir hayat, dan menyumbang ke arah perkembangan usaha penglibatan masyarakat yang relevan dan bermakna.

Jadilah Peserta

Pendaftaran ditutup pada 25 Februari 2021



CALL FOR VOLUNTEERS

PANGGILAN UNTUK SUKARELAWAN

We are looking for volunteers to fill different roles in supporting Both Sides, Now outreach efforts.

Volunteer With Us

Registration closes on 19 February 2021

Kami sedang mencari sukarelawan untuk mengisi berbagai peranan untuk menyokong usaha mendekati masyarakat dalam Both Sides, Now.

Pendaftaran ditutup pada 19 Februari 2021

Bersukarela Bersama Kami


ARTISTS

ARTIS



KOK HENG LEUN
Artistic Director
Pengarah Artistik

Heng Leun is a prominent figure in the Singapore arts scene, having built his artistic career over many decades as a theatre director, playwright, dramaturg and educator. Heng Leun is known for his ability to engage the community on various issues through the arts, championing civil discourse across different segments of society. His explorations with multi-disciplinary engaged arts have produced works like Project Mending Sky, a series on environmental issues, Both Sides, Now a project that seeks to normalise end-of-life conversations and It Won't Be Too Long, which touched on the dynamics of space in Singapore. His most recent work Tanah•Air 水•土:A Play In Two Parts was about the dispossession of the indigenous Malays and Orang Seletar of Singapore. Heng Leun's contributions to the arts have landed him awards from the Singapore National Arts Council – the Young Artist Award in 2000 and Cultural Fellowship in 2014. He also served as a Nominated Member of Parliament from 2016 to 2018, representing the arts sector.

Heng Leun adalah tokoh terkenal dalam kancah seni Singapura, setelah membina karier seninya selama beberapa dekad sebagai pengarah teater, penulis drama, dramatis dan pendidik. Heng Leun terkenal dengan kebolehannya untuk melibatkan masyarakat dalam pelbagai isu melalui seni, memperjuangkan wacana sivil merentasi pelbagai lapisan masyarakat. Penjelajahannya dengan seni yang melibatkan pelbagai disiplin telah menghasilkan karya seperti Project Mending Sky, sebuah siri tentang isu alam sekitar, Both Sides, Now projek yang bertujuan untuk menormalkan perbualan akhir hayat dan It Won't Be Too Long, yang menyentuh tentang dinamik ruang di Singapura. Karya terbaharunya Tanah•Air 水•土:A Play In Two Parts adalah mengenai perampasan orang asli Melayu dan Orang Seletar Singapura. Sumbangan Heng Leun dalam bidang seni telah memperoleh penghargaan dari Majlis Seni Kebangsaan Singapura - Anugerah Artis Muda pada tahun 2000 dan Fellowship Budaya pada tahun 2014. Beliau juga berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Dilantik dari 2016 hingga 2018, mewakili sektor seni.


ADIB KOSNAN
Artist
Artis
Photo by Joel Lim @ Calibre Pictures. Photo Courtesy of Checkpoint Theatre.

Adib is a theatre practitioner, and currently an Associate Artist with Checkpoint Theatre. He acts, writes and directs, and has worked with companies like Teater Kami, Teater Ekamatra, TheatreWorks, The Necessary Stage, Drama Box and Buds Theatre, among others.

He was recently awarded Best Supporting Actor at the Life Theatre Awards 2020 for his role in Angkat by Nabilah Said and Noor Effendy Ibrahim, and was nominated in this same category for 0600 by Ground-Z0 in 2019. In 2018, his script 28.8 by Teater Kami was nominated for Best Original script.

He is also an arts educator and has mentored youths as part of Tumpil Yang Tampil, a theatre mentorship programme by Teater Kami. He has written, facilitated and directed numerous school assembly shows catering to a wide variety of levels from preschool to tertiary institutions. He is especially interested in improvisation and forum theatre as tools for creating awareness and enhancing communication.

Adib adalah seorang penggiat teater dan kini merupakan Artis Bersekutu dengan Teater Checkpoint. Beliau berlakon, menulis dan mengarah serta telah bekerja dengan syarikat seperti Teater Kami, Teater Ekamatra, TheatreWorks, The Necessary Stage, Drama Box dan Buds Theatre.

Baru-baru ini beliau dianugerahkan Pelakon Pembantu Terbaik di Life Theatre Awards 2020 bagi wataknya dalam Angkat oleh Nabilah Said dan Noor Effendy Ibrahim, dan dicalonkan dalam kategori yang sama untuk 0600 oleh Ground-Z0 pada 2019. Pada 2018, skrip tulisannya 28.8 oleh Teater Kami dicalonkan untuk skrip Asal Terbaik.

Beliau juga merupakan seorang pendidik seni dan telah membimbing para belia sebahagian daripada Tumpil Yang Tampil, yang merupakan program bimbingan teater oleh Teater Kami. Beliau telah menulis, membimbing dan mengarahkan banyak rancangan perhimpunan sekolah untuk memenuhi keperluan pelbagai peringkat dari prasekolah hingga ke institusi pengajian tinggi. Beliau juga sangat tertarik dengan improvisasi dan teater forum sebagai alat untuk memberi kesedaran dan meningkatkan komunikasi.


MOLI MOHTER
Artist
Artis

Moli is a theatre practitioner whose vast experience spans between being an actor, an educator, facilitator, as well as a writer and director.

Recently, she founded Makaia Arts in 2019 to tackle social issues pertinent to the Malay community. She has written, directed and produced memorable works such as Penantian in 2013 and Sembelit Lagi in 2012. As an actor-facilitator, she was part of forum theatre play - Trick or Threat by Drama Box, and through that was given an opportunity to tour to the World Forum Theatre Festival in Austria in 2009.

As an arts educator, she works with Buds Theatre, Teater Kami, and Drama Box to teach children and youth. She has also worked with youths-at-risk in Singapore Girls’ Home, Singapore Boys’ Home, and the Institute of Technical Education.

Moli adalah seorang penggiat teater dengan pengalaman yang luas sebagai pelakon, pendidik, fasilitator dan juga penulis serta pengarah.

Baru-baru ini, beliau mengasaskan Makaia Arts pada tahun 2019 untuk menangani masalah sosial yang berkaitan dengan masyarakat Melayu. Di antara karya-karya yang ditulis dan diarah beliau adalah Penantian pada 2013 dan Sembelit Lagi pada 2012. Sebagai fasilitator merangkap pelakon, beliau aktif melibatkan diri di dalam teater forum, diantaranya, Trick or Threat oleh Drama Box. Pada tahun 2009, Moli berpeluang untuk menyertai lawatan ke World Forum Theatre Festival di Austria.

Sebagai pendidik seni, beliau bekerja dengan Buds Theatre, Teater Kami dan Drama Box untuk mengajar kanak-kanak dan remaja. Beliau juga pernah bekerja dengan remaja yang berisiko di Singapore Girls’ Home, Singapore Boys’ Home dan Institut Pendidikan Teknikal.