PENGALAMANNYA

Pesanan Saya kepada kematian
Jika kematian itu mengambil bentuk seseorang, apa yang akan anda katakan padanya? Sendiri atau dalam kumpulan, tuliskan pesanan ditujukan kepada kematian dan kongsikannya dengan gambar anda.
10am – 10pm
   
Kongsikan!
#bothsidesnowsg #msgtodeath
Ini bukan Keranda
Jika anda boleh mereka sebuah keranda sebagai lambang rehat, apakah rupanya?
10am – 10pm
Teater Forum “Jalan Keluar”
Persembahan interaktif ini mengisahkan tentang dua keluarga yang sedang menghadapi kesukaran menghadapi penyakit dan kematian. Bolehkah mereka menanganinya dengan lebih baik? Pihak penonton diundang untuk hentikan lakonan, masukkan diri dan tukarkan jalan cerita persembahan ini.
Dipersembahkan kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Kantonis & Mandarin
7.30pm – 9pm
Dialog
Ikuti penceramah dari berbagai lapisan masyarakat dan dengar mereka berbincang tentang isu-isu akhir hayat yang harus kita ketahui. Dari yang praktikal ke yang peribadi, dengarkan kisah-kisah dan pandangan mereka. Pelajari, terkesan dan mulakan tindakan.
11am, 2pm & 5pm
Suatu Kehidupan Dikenang
Mengambil kira akan trajektori hidup anda dan bayangkan warisan apa yang akan anda tinggalkan. Bagaimanakah anda ingin meninggalkan kesan tanda di dunia ini?
10am – 10pm
   
Kongsikan!
#bothsidesnowsg #lifermbr
Detik-detik Kehidupan Kami
Adakah kehidupan kita diukur dari segi minit atau memori? Dalam pemasangan video ini, bacalah tubuh seperti buku untuk mendedahkan kisah suatu hayat.
10am – 10pm
Perjalanan hidup: naik dan turun
Lakarkan detik tinggi dan rendah dalam kehidupan anda. Bagaimanakah peristiwa-peristiwa ini membentuk pemahaman anda tentang kehidupan Di mana akan anda meletakkan diri anda sekarang dalam perjalanan ini?
10am – 10pm
Persembahan Patung: “The Wind Came Home”
Persembahan patung ini, yang dilihat dari kacamata seekor kucing liar, menceritakan tentang seorang pasangan warga tua yang bergelut dengan pilihan akhir hidup yang sukar. Bila Encik Lim didapati menghidap penyakit barah beliau perlu merancang bagi menjaga isterinya yang mengalami penyakit dementia dan juga menghadapi perasaan takut beliau sendiri tentang kematian.
Dipersembahkan kebanyakannya dalam bahasa Mandarin
6.30pm – 7pm
Perbualan Masyarakat
Pada akhir hari, duduk mengelilingi meja dan berbual dengan yang lain di sisi tentang isu hidup dengan kematian. Kami ada sediakan juadah ringan jadi marilah kita teruskan perbualan!
9pm – 10pm
Tempat berehat
Kedai kopi, ruang tamu, keranda: Tenggelamkan diri anda dalam ruang-ruang berbeza ini dan ikuti dorongan suara dan bunyi untuk mengambil sudut pandangan yang berlainan bila berfikir tentang kematian.
10am – 10pm
Pusing Pusing Pusing
Pada penghujung hidup anda, apa yang akan membuatkan ia lebih mudah untuk menerima kematian? Tulis atau lukiskan jawapan anda pada roda pin dan biarkan ia ditiup angin.
10am – 10pm
Pengajaran Kehidupan
Melalui pemasangan gambar ini, warga tua memberikan jawapan yang jujur dan peribadi kepada soalan, "Apakah pengajaran yang paling penting yang telah dipelajari dari kehidupan?"
10am – 10pm
Aktiviti
Soalan Kehidupan dan Kematian. Apa yang akan menjadi jawapan anda?

Jadual Aktiviti:

10am – 10pm  :  Pemasangan dan Aktiviti Seni secara penyertaan
11am, 2pm & 5pm  :  Dialog
6.30pm – 7pm  :  Persembahan Patung “The Wind Came Home”
7.30pm – 9pm  :  Teater Forum “Jalan Keluar”
9pm – 10pm  :  Perbualan Masyarakat