Sedangkan kota kita menjadi lebih maju dan pesat, batu konkrit mula mengambil alih alam semula jadi.

Dalam alam semula jadi, kita dapat lihat perjalanan asli kehidupan, membesar, hidup, layu dan mati. Tapi di kota, kita terlalu memberi tumpuan untuk hidup yang kita menyembunyikan apa saja yang mungkin menunjukkan sebaliknya.

Walaupun kita harap untuk melupakannya, kematian itu adalah sebahagian kita sebagai manusia. Jadi, kota yang tidak memberi ruang untuk berfikir tentang dan menerima kematian, bukan kota yang berperikemanusiaan.

Sebab inilah, kumpulan kreatif DARI KEDUA-DUA BELAH, SEKARANG, telah menciptakan pengalaman kesenian yang mendalam ini – untuk memberi peluang bagi yang masih hidup untuk menghadapi kematian. Kami harap untuk membiasakan perbualan tentang pilihan akhir hayat dengan membawa perbincangan ini ke ruang awam.

Melalui berinteraksi dengan pelbagai karya seni, kami menjemput anda untuk merenung kemanusiaan anda sendiri dan kematian, dan memberi pandangan peribadi anda kepada apa itu maknanya untuk mempunyai kematian bermaruah.

Ribuan terima kasih kepada Yayasan Lien dan Yayasan Ang Chin Moh kerana menyokong visi projek ini. Juga ribuan terima kasih kepada semua badan-badan yang menyokong dan juga rakan masyarakat yang percaya kepada idea sebuah tempat yang berperikemanusiaan melengkapi semua yang hidup dan juga yang di akhir hayat mereka.

Kok Heng Leun
Pengarah Artistik
DARI KEDUA-DUA BELAH, SEKARANG