DARI KEDUA-DUA BELAH, SEKARANG

Dari masa kita dilahirkan hingga ke nafas terakhir, terdapat banyak pengalaman hidup untuk dilalui.

Kehidupan seseorang itu ibarat bekas yang mengandungi kenangan dan emosi yang bercampur aduk. Ada yang hilang dan ada yang diperolehi dalam kehidupan seharian.

DARI KEDUA-DUA BELAH, SEKARANG adalah sebuah pengalaman kesenian mendalam yang akan diadakan sepanjang 3 minggu di Hospital Khoo Teck Phuat. Ia menjemput para penonton untuk berkongsi pengalaman atau kisah-kisah, cerminkan dan melibatkan diri dengan apa itu maknanya untuk menjalani kehidupan dengan baik dan juga meninggalkan alam kehidupan ini dengan cara yang baik – dan untuk melihat dan menilai dari kedua belah pihak.

Soal kehidupan dan kematian ini tidak perlu menjadi sesuatu yang mengerikan atau pantang, menakutkan atau menyedihkan. Ia boleh menjadi sesuatu yang memudahkan dan melembutkan, penuh dengan harapan dan ketenangan. Ia boleh mengingatkan kita tentang bagaimana kita mahu hidup dan apa yang penting kepada kita.

Undangan untuk membalas

Pernahkah anda terfikir tentang isu-isu akhir hayat bagi diri anda sendiri. Ataupun pernahkah anda terfikir akan kemahuan orang-orang yang anda sayangi berkenaan dengan penjagaan mereka apabila menghadapi kematian, atau pada saat-saat apabila mereka tidak dapat membuat keputusan bagi diri mereka?

Pernahkah anda mengadakan perbualan dengan orang-orang tersayang dan sahabat handai tentang isu – isu ini?

Apa yang dibincangkan mungkin merangkumi.soalan-soalan berikut:

  • Apakah aktiviti atau pengalaman yang paling penting bagi anda untuk hidup dengan baik?
  • Apakah yang dapat membantu anda menghadapi cabaran-cabaran yang sukar dalam hidup?
  • Apakah yang menakutkan dan membimbangkan anda tentang kehidupan, kesihatan dan penjagaan perubatan anda?
  • Apakah keutamaan, nilai-nilai dan matlamat mengenai penjagaan akhir kehidupan anda?
  • Adakah seseorang yang boleh anda percayai untuk bertindak bagi kepentingan terbaik diri anda apabila anda tidak lagi boleh membuat keputusan anda sendiri?
  • Di manakah tempat pilihan anda untuk menerima rawatan akhir kehidupan dan kematian?

Apabila kita mengadakan perbualan sebegini, ia termasuk dalam suatu proses yang dinamakan Perancangan Penjagaan Awal (ACP).

Memiliki Perancangan Penjagaan Awal amat penting kerana kemajuan dalam teknologi perubatan membolehkan lebih banyak bentuk rawatan yang tersedia, tetapi tidak semua rawatan dapat mengubati sesuatu penyakit itu sehingga terus pulih dan ia juga belum tentu dapat menjamin kualiti hidup. Sesetengah rawatan ini boleh menyakitkan, dan pasti menyebabkan penderitaan yang lebih, baik bagi pesakit serta si penjaga yang terpaksa melihat orang yang tersayang menderita.

Dalam kes seperti ini di mana seseorang sudah menghadapi kematian, beberapa bentuk rawatan perubatan yang bakal diberikan mungkin tidak dapat menghasilkan apa-apa, tetapi jika seseorang itu tidak menyatakan hasrat yang jelas untuk menolak rawatan untuk memanjangkan jangka hayat, ia masih boleh diberikan kepada pesakit oleh pakar penjagaan kesihatan.

Berfikir dan berbincang tentang isu-isu akhir hayat juga membantu kita bersiapkan diri apabila kita menjadi penjaga dan mempunyai keperluan untuk memudahkan proses membuat keputusan untuk mereka yang dibawah jagaan kita. Sesudah melihat beberapa persoalan ini, ia membolehkan kita untuk mendekati cara penjagaan kita dengan pengetahuan, empati dan wawasan.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ACP dan bagaimana untuk menyediakan Perancangan Penjagaan Awal anda.

Latar Belakang

Tujuan DARI KEDUA-DUA BELAH, SEKARANG adalah untuk mewujudkan kesedaran, menggalakkan refleksi dan mencetuskan perbualan tentang isu-isu akhir-hidup di kalangan pekerja kesihatan, penjaga dan orang awam. Ia tidak terlalu awal untuk berfikir, dan untuk berkongsi kebimbangan tentang soal-soal akhir-hidup dan juga keingininan seseorang terhadapnya. Pada masa yang sama, mencetuskan kesedaran bahawa kematian adalah sebahagian kehidupan semula jadi dan tidak dapat dielakkan.

Bila kita dapat berbincang secara terbuka tentang kematian dan saat-saat sebelumnya dengan kepercayaan dan rasa hormat, ia dapat memberi kita pengetahuan yang lebih jelas tentang hasrat akhir hayat kita dan juga memberi lebih maklumat tentang keputusan yang bakal kita ambil tentang jenis, kualiti, dan tempat penjagaan atau perawatan yang kita lebih suka.

Setiap manusia itu berbeza dan unik – kita mempunyai nilai-nilai dan pegangan yang tersendiri tentang kehidupan dan kematian. Tiada dua kehidupan, atau kematian sama. Untuk yang terus hidup dan juga yang menghadapi kematian, kita harus membuat pilihan tentang bagaimana kita hendak kehadapan.Dengan mengambil berat tentang pilihan ini, kita boleh mewujudkan pengalaman yang bermakna untuk diri kita sendiri, orang-orang di sekeliling kita dan juga kepada mereka yang kita tinggalkan kelak.