Karya-karya Seni

Karya-karya yang membentuk pengalaman kesenian mendalam ini menjemput anda, penonton kami, untuk bertindak-balas terhadap isu-isu secara individu dan secara berkumpulan.

Terdapat 9 karya seni yang berbeza yang akan ditemukan dengan anda di hospital Khoo Teck Puat, karya-karya ini merangkumi seni visual, pemasangan multimedia, filem pendek, sesi bercerita, sesi nyanyian, dialog dengan orang awam dan banyak lagi.

Dengan panduan program yang ada, anda boleh memilih untuk menikmati karya-karya ini dengan cara tersendiri dan pada kadar anda sendiri.

Baca selanjutnya untuk jadual, dan juga maklumat lebih mengenai karya seni secara khusus.

Watch all the short films here.

 

Jadual
DARI KEDUA-DUA BELAH, SEKARANG:
Pengalaman Kesenian Yang Mendalam,
16 November – 8 Disember 2013
Tajuk Lokasi Hari Masa
Tidak Terkata Pelbagai Lokasi Setiap Hari 24 Jam
Jalan Masuk dan Keluar Ruang Legaran Utama Setiap Hari 9.30am – 8pm
Hidup Dengan Baik, Meninggalkannya juga Ruang Legaran Utama Setiap Hari 9.30am – 8pm
Ah Ma... Dahulu dan Kini Ruang Legaran Utama Setiap Hari 9.30am – 8pm
Ada Yang Hilang,
Ada Yang Diperolehi
Ruang Legaran Utama Setiap Hari 9.30am – 8pm
Wasiat-yang-Bukan Ruang Legaran Utama Setiap Hari 9.30am – 8pm
Pusing, Pusing, Pusing Ruang Legaran Utama Setiap Hari 9.30am – 8pm
Apa Yang Dikatakan
Bila Kita Berkata-kata...
(Persembahan telah berakhir pada 8 Dec 2013)
Lagu-lagu untuk Hari Esok (Persembahan telah berakhir pada 8 Dec 2013)

[ top ]


Tidak Terkata
Fikiran yang tak terkata-kata, perasaan terpendam.
Apakah kemahuan kita dan yang ditakutkan? Apakah keinginan dan keperluan?

Pemasangan seni ini menyediakan kita untuk memperlahankan diri dan memberi perhatian kepada fikiran dan perasaan kita sendiri. Ini mengajak kita untuk lebih terbuka apabila melihat apa yang terjadi di sekitar kita dengan mata yang segar.

[ top ]

Jalan Masuk dan Keluar
Pemasangan ini mengajak kita masuk untuk dibawa dalam perjalanan renungan dalam suasana bunyi yang memulihkan kebatinan. Biarkan diri anda dipandukan fikiran pesakit, penjaga dan pakar penjagaan kesihatan yang berkongsi bagaimana mereka menghadapi kehilangan nyawa, cabaran hidup dan apa yang membolehkan mereka untuk menyambungkan hidup, terus kehadapan dan cekal semangat.

Pemasangan ini menjemput anda untuk mencerminkan perjalanan hidup anda. Apakah yang menambah nilai dalam kehidupan anda? Apa yang mengurangkan nilai?

[ top ]

Hidup Dengan Baik, Meninggalkannya Juga
Satu siri filem animasi pendek yang membawa kisah-kisah hidup yang mendalam dikongsi oleh profesional penjagaan kesihatan. Kisah-kisah ini adalah kisah peribadi mereka tentang pertemuan mereka dengan kematian, dan apa yang telah mereka pelajari tentang makna kehidupan dari pertemuan-pertemuan tersebut.

Juruanimasi: ampulets, Yuki Pan, Tan Chee Kwang,
James C. K. Tan, Tan Wei Keong, Zhuang Bros from Weaving Clouds

Dikelolakan oleh Jasmine Ng

Click here to download the list of short films

Watch all of the animations here.

[ top ]

Ah Ma... Dahulu dan Kini
Dua filem pendek, kehidupan layar menemui kehidupan sebenar.

Ah Ma, sebuah filem oleh Anthony Chen, menceritakan tentang sebuah keluarga yang melawat nenek mereka yang sedang melalui hari-hari terakhir beliau di hospital, dan cara yang berbeza di mana setiap anggota berduka -cita dan menghadapi kepemergiannya.

Watch Ah Ma by Anthony Chen here.

Dalam Ah Ma Ditinjau Semula 7 tahun selepas ia dirakamkan, pengarah filem Jasmine Ng berjumpa dengan para pelakon filem Ah Ma dan berbual dengan mereka tentang sikap mereka terhadap kematian dan masa-masa menghadapi kematian. Ddia mendokumentasikan bagaimana sikap mereka ini telah berkembang sejak membuat filem ini.

Watch Ah Ma Revisited by Jasmine Ng here.

* Ah Ma telah mencapai Sebutan Khas (Pertadingan Filem Pendek), di Festival Filem Cannes yang ke-60, di Perancis. Anthony Chen telah dianugerahkan Camera d' Or, salah satu penghargaan/pencapaian tertinggi dan yang pertama bagi Singapura, di Festival Filem 2013 Cannes baru-baru ini.

[ top ]

Ada Yang Hilang, Ada Yang Diperolehi
Bagaimanakah kanak-kanak berhadapan dengan kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi?Bagaimanakah mereka mengatasinya?

Dalam filem pendek ini yang diarah oleh Noraini Shah dan Jasmine Ng, kami menjemput anda untuk mendengar renungan kanak-kanak. Dengan mengambil perspektif kanak-kanak ini, mungkin anda juga boleh mencari jalan baru untuk melihat kehilangan nyawa dan pada masa yang sama, mendapat sumber-sumber harapan baru.

Watch the short film here.

[ top ]

Wasiat-yang-Bukan
Apa yang ingin anda ditinggalkan bagi orang-orang yang anda sayangi? Jika anda dapat mencatitkan keinginan anda, apakah keinginan itu?

Dengan cara yang lain daripada yang biasa, kami menjemput anda untuk menggubal Wasiat anda dan Wasiat-yang-Bukan. Dengan memikirkan tentang bukan hanya apa yang kita mahu, tetapi juga apa yang kita tidak mahu lihat berlaku apabila kita pergi, kita akan mendapat pemahaman dalam menemui apa yang kita benar-benar menghargai.

Download a copy of Will-Not (available in 4 languages) here, and complete this on your own or with someone you care about.

[ top ]

Pusing, Pusing, Pusing
Roda pin adalah simbol perubahan yang berterusan. Dalam kitaran hidup, apa yang anda terus berpegang kepada dan apa yang anda lepaskan? Apa yang akan anda diingati dan apa yang akan anda lupakan?

Buat roda pin dan menulis atau melukis di atasnya perkara-perkara yang dapat mencerminkan apa yang memberi makna kepada kehidupan anda.

[ top ]

Apa Yang Dikatakan Bila Kita Berkata-kata...
(Persembahan telah berakhir pada 8 Dec 2013)

Kematian dan waktu-waktu sebelumnya mati tidak perlu menjadi perkara yang pantang. Dalam sesi perbualan terus-terang ini, penceramah kami dari semua lapisan masyarakat berkongsi cerita kehidupan, pemikiran dan idea-idea tentang isu akhir-hidup. Dalam menghadapi kematian kita, mungkin kita boleh diingatkan bagaimana kita mahu hidup dan apa yang penting kepada kita.

[ top ]

Lagu-lagu untuk Hari Esok
(Persembahan telah berakhir pada 8 Dec 2013)

Apa yang akan berlaku jika kita tanggalkan setiap peranan yang kita penuhi dalam kehidupan seharian kita dan melihat satu sama lain sebagai individu yang mempunyai identiti yang unik dengan cerita-cerita untuk dikongsi? Lagu apa yang akan kita akan menyanyi untuk satu sama lain?

Melalui bahan yang dikumpulkan dari temu bual dengan pekerja penjagaan kesihatan, penjaga dan pesakit, persembahan teater dengan gabungan multimedia mencipta satu hari dalam kehidupan mereka, dan menunjukkan perjuangan dan harapan mereka.

Dilakonkan oleh Nur Suhaili Binte Safari Wijaya, Tan Wan Sze
Diarah oleh Kok Heng Leun (Artistic Director, Drama Box)

Click here to watch an excerpt of the performance.

[ top ]