Perancangan
Penjagaan Awal (ACP)

Ini adalah laman web arkib kami. Semua maklumat tepat pada masa penerbitan.

Perancangan Penjagaan Awal (ACP) adalah untuk semua orang, tanpa mengira umur atau keadaan kesihatan. Ia adalah siri perbincangan secara sukarela yang membantu anda untuk lebih memahami tahap kesihatan anda. Pilihan anda akan dicatitkan dan digunakan untuk membimbing pasukan penjagaan kesihatan dan orang tersayang untuk membuat keputusan penjagaan kesihatan bagi diri anda, demi kebaikan anda, jika anda tidak dapat melakukannya sendiri.

Peserta dalam perbincangan ACP adalah fasilitator ACP terlatih, orang yang anda sayangi, penyedia penjagaan kesihatan anda dan diri anda juga. Perbincangan ini akan berpandukan terhadap nilai-nilai dan kepercayaan anda.

Dengan Perancangan Penjagaan Awal, anda boleh berkongsi pemikiran dan kecenderungan mengenai penjagaan kesihatan pilihan anda dengan orang yang anda sayangi. Ini memberikan mereka jaminan dan ketenangan fikiran bahawa mereka akan memenuhi kehendak anda.

Ini adalah soalan-soalan yang akan dibincangkan dalam Perancangan Penjagaan Awal:

  • Apakah aktiviti atau pengalaman yang paling penting bagi anda untuk hidup dengan baik?
  • Apakah yang dapat membantu anda menghadapi cabaran-cabaran yang sukar dalam hidup?
  • Apakah yang menakutkan dan membimbangkan anda tentang kehidupan, kesihatan dan penjagaan perubatan anda?
  • Apakah keutamaan, nilai-nilai dan matlamat mengenai penjagaan akhir kehidupan anda?
  • Adakah seseorang yang boleh anda percayai untuk bertindak bagi kepentingan terbaik diri anda apabila anda tidak lagi boleh membuat keputusan anda sendiri?
  • Di manakah tempat pilihan anda untuk menerima rawatan akhir kehidupan dan kematian?

Untuk maklumat lebih lanjut, dan untuk mendapatkan risalah ACP (disediakan dalam 4 bahasa), lungsuri: www.livingmatters.sg