Bahan Rujukan

Ini adalah laman web arkib kami. Semua maklumat tepat pada masa penerbitan.

Bahan-Bahan Mengenai Akhir Hayat

Selamat datang ke repositori maklumat berkaitan isu-isu akhir hayat di Singapura. Harap maklum bahawa ini adalah kompilasi bahan untuk kemudahan rujukan dan bukannya senarai lengkap atau bersifat preskriptif.

Berpenyakit dan Berfikiran Tidak Waras

Perancangan Penjagaan Awal

Rancang dan lakukan

Perkara yang harus digiatkan

Kredit: Infografik ini diadaptasi dari Agensi untuk Penjagaan Bersepadu

Anda juga boleh mengunjungi lelaman web My Legacy, sebuah inisiatif pemerintah yang menyediakan maklumat mengenai akhir hayat. Ruang simpanan My Legacy membolehkan anda merancang, menyimpan dan berkongsi urusan anda berkaitan undang-undang, penjagaan kesihatan dan harta pusaka secara selamat dengan orang-orang yang anda percayai.

My Legacy Gov.sg

Laporan Penyelidikan Perkara Akhir Hayat dalam Masyarakat Melayu-Islam

Sejak 2013, Both Sides, Now telah menekankan penglibatan dan dialog awam mengenai perkara akhir hayat sebagai rangsangan untuk membina komuniti yang sihat dan terhubung yang menyumbang ke arah kehidupan, dan akhir hayat dengan baik. Sebahagian daripada proses penyelidikan untuk edisi Mengukir Harapan ini, pasukan kreatif Both Sides, Now bekerjasama dengan Age Matters dan pengkaji-pengkaji untuk mengadakan pengabungan melalui seni yang kompeten dari segi budaya untuk melibatkan masyarakat Melayu-Islam pada akhir hayat dan isu perancangan penjagaan awal.

Kajian penyelidikan ini melibatkan reka bentuk yang diterajui masyarakat untuk memahami isu dan konteks yang berkaitan dalam masyarakat Melayu-Islam. Ia dilakukan dengan menganalisis data temu bual peserta dan pemerhatian semasa sesi Bengkel Penglibatan Masyarakat (sama seperti perbincangan kumpulan fokus) dengan demografi yang pelbagai dalam masyarakat Melayu-Islam.

Baca laporan penuh di sini.

Perancangan Penjagaan Awal

Apa itu Perancangan Penjagaan Awal?

Perancangan Penjagaan Awal (Advance Care Planning, ACP) ialah sebuah program nasional yang bertujuan untuk memperkasakan warga Singapura untuk membuat pilihan tentang penjagaan diri mereka. Ini adalah proses merancang penjagaan kesihatan seseorang untuk masa kini dan akan datang. Ia membantu individu untuk menyampaikan kepada orang yang penting bagi mereka dan pasukan penjagaan kesihatan mereka tentang nilai-nilai yang dipegang dan bagaimana ia membentuk pilihan penjagaan kesihatan mereka. Sekiranya individu tersebut tidak lagi dapat membuat keputusan atau bercakap sendiri, ACP membimbing mereka yang harus membuat keputusan tentang bagaimana untuk bertindak demi kepentingan mereka yang terbaik.

Sumber: Laman Web AIC

Bagaimana untuk menyertai program ACP?

1

Buat temu janji dengan agensi perkhidmatan sosial, hospital atau poliklinik pemerintah untuk memulakan perjalanan ACP anda. Cari direktori untuk senarai penyedia perkhidmatan di sini.

Direktori untuk Senarai Penyedia Perkhidmatan

2

Fasilitator ACP akan membimbing anda melalui perbincangan dan memuat naik pilihan anda ke pangkalan data yang dihubungkan dengan Rekod Kesihatan Elektronik Nasional.

3

Di perhujungan sesi ACP, anda boleh mengenal pasti sehingga dua orang untuk menjadi Jurucakap Penjagaan Kesihatan anda. Jurucakap ini dipilih oleh anda untuk bercakap bagi pihak anda, sekiranya anda kehilangan keupayaan mental untuk melakukannya sendiri.

Surat Kuasa Berkekalan

Apa itu Surat Kuasa Berkekalan?

Surat Kuasa Berkekalan (Lasting Power of Attorney , LPA) adalah dokumen yang sah di sisi undang-undang yang membenarkan seseorang yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ('pemberi kuasa' atau donor), untuk melantik secara sukarela seorang atau lebih ('penerima kuasa' atau donee) untuk membuat keputusan dan bertindak bagi pihaknya sekiranya dan apabila dia kehilangan keupayaan mental suatu hari nanti. Seorang penerima kuasa boleh dilantik untuk bertindak dalam dua hal yang luas berkaitan kebajikan diri dan ehwal harta benda & urusan. LPA dipantau oleh Pejabat Penjaga Awam di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Sumber: Laman Web MSF

Arahan Awal Perubatan

Apa itu Arahan Awal Perubatan?

Arahan Awal Perubatan (Advance Medical Directive, AMD) ialah sebuah dokumen yang sah di sisi undang-undang yang ditandatangani anda dari awal lagi untuk memberitahu doktor rawatan anda (sekiranya anda mempunyai penyakit yang membawa maut dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri) bahawa anda tidak mahu sebarang rawatan luar biasa untuk melanjutkan nyawa anda. AMD ialah satu keputusan sukarela. Terpulang kepada anda sama ada anda ingin membuatnya. Ia merupakan satu kesalahan jenayah bagi mana-mana pihak untuk memaksa anda untuk membuat AMD yang bertentangan dengan keinginan anda. AMD dipantau oleh Pendaftar Arahan Awal Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan.

Sumber: Laman Web MOH

Bagaimana untuk memohon bagi AMD?

1

Lengkapkan salinan fizikal Borang AMD

2

Buat temu janji dengan doktor untuk menandatangani borang itu, bersama seorang saksi. Anda boleh dikenakan sejumlah bayaran untuk perkhidmatan ini bergantung kepada khidmat doktor anda.

3

Kirimkan borang ke Pendaftar Arahan Awal Perubatan melalui pos.

Skim Nominasi Tabung Simpanan Pekerja

Apa itu Skim Nominasi Tabung Simpanan Pekerja?

Nominasi Tabung Simpanan Pekerja (CPF) membolehkan anggota CPF untuk menentukan siapa waris yang akan menerima simpanan CPF mereka dan jumlah yang boleh diterima setiap waris setelah kematian mereka. Anda harus membuat nominasi CPF jika anda ingin mengagihkan simpanan CPF anda mengikut kehendak anda. Jika anda tidak membuat sebarang nominasi, simpanan CPF anda akan diagihkan oleh Pejabat Pemegang Amanah Awam (PTO) kepada ahli waris yang berhak secara sah (yang biasanya merupakan ahli keluarga dan saudara terdekat) di bawah Akta Pewarisan Harta Pusaka Tidak Berwasiat (untuk bukan umat Islam) atau Sijil Warisan (untuk umat Islam).

Sumber: Laman Web CPF

Bagaimana cara memohon?

1

Lungsuri laman web Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk maklumat lanjut.

Wasiat

Apa itu Wasiat?

Surat wasiat mendokumentasikan bagaimana orang yang anda sayangi ingin mengagihkan wang dan harta benda mereka (juga disebut harta pusaka) setelah mereka meninggal dunia. Setelah kematian, anda dan keluarga anda boleh mengajukan permohonan ke Mahkamah untuk mendapatkan Probet atau sijil pengesahan wasiat untuk mengagihkan harta pusaka mengikut wasiat. Sekiranya tiada wasiat, harta pusaka akan diagihkan mengikut Akta Pewarisan Harta Pusaka Tidak Berwasiat (untuk bukan umat Islam) atau Sijil Warisan (untuk umat Islam).

Bagi umat Islam, pembahagian harta pusaka harus mengikut Undang-Undang Warisan Islam, juga dikenali sebagai Faraidh. Wasiat disiapkan hanya untuk mewariskan sehingga 1/3 aset anda kepada sesiapa lain yang bukan waris anda yang sah. Baki selepas pengagihan wasiat seharusnya diagihkan mengikut undang-undang Faraidh.

Sumber: Laman Web AIC

Akta Pemindahan Organ Manusia

Apakah itu Akta Pemindahan Organ Manusia (HOTA)?

Akta Pemindahan Organ Manusia (HOTA) membolehkan ginjal, jantung, hati dan kornea didermakan melalui pemindahan jika berlakunya sebarang kematian.

HOTA merangkumi semua Warganegara Singapura dan Penduduk Tetap yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak mengalami gangguan mental, kecuali mereka memilih untuk dikecualikan atau “opt-out”.

Ada 2 cara anda boleh menderma organ anda:

1

Akta Pemindahan Organ Manusia (HOTA)

2

Akta Perubatan (Terapi, Pendidikan dan Penyelidikan) (MTERA)

Bagaimana saya boleh “opt-out” daripada HOTA?

Lengkapkan Borang Pengecualian Daripada HOTA dan hantarkan ke Unit Pemindahan Organ Nasional.

Borang Pengecualian Daripada HOTA

Bagaimanakah cara sekiranya saya ini menarik balik pengecualian saya daripada HOTA?

Lengkapkan Borang Pengeluaran Bantahan dan hantarkan ke Unit Pemindahan Organ Nasional. Perhatikan bahawa anda tidak akan mendapat keutamaan sekiranya anda memerlukan pemindahan organ.

Borang Pengeluaran Bantahan

Akta Perubatan (Terapi, Pendidikan dan Penyelidikan)

Apakah Akta Perubatan (Terapi, Pendidikan dan Penyelidikan)?

Akta Perubatan (Terapi, Pendidikan dan Penyelidikan) (MTERA) ialah sebuah skim yang membolehkan seseorang itu memilih untuk mengikrarkan organ atau sebarang bahagian tubuh didermakan bagi tujuan pemindahan, pendidikan atau penyelidikan setelah meninggal dunia.

Baca lebih lanjut mengenai akta ini di sini

Bagaimana saya boleh menyertai MTERA?

Anda boleh mengikrarkan organ anda dengan mengisi Borang Sumbangan Organ dan menghantarnya ke Unit Pemindahan Organ Nasional.

Borang Sumbangan Organ

Apakah perbezaan antara HOTA dan MTERA?

HOTA

MTERA

Usia

Umur 21 tahun ke atas

Umur 18 tahun ke atas

Ahli keluarga dewasa yang terdekat boleh mengikrarkan pendermaan organ-organ pesakit yang telah meninggal dunia.

Organ-organ yang disertakan

Ginjal
Hati
Jantung
Kornea

Kesemua organ dan tisu termasuk kulit dan tulang.

Tujuan

Pemindahan

Pemindahan dan rawatan Pendidikan Penyelidikan

Kewarganegaraan

Semua Warganegara & Penduduk Tetap Singapura

Tidak mengira kerakyatan

Agama

Sebarang agama 
(Umat Islam dimasukkan dalam senarai HOTA daripada 1 Ogos 2008)

Sebarang agama
(MUIS telah mengeluarkan fatwa yang mencatat pendermaan ginjal, hati, jantung dan cornea dibenarkan.)

Persetujuan

“Opt-out”

Mereka yang memenuhi kriteria di atas akan dimasukkan secara automatik di bawah HOTA kecuali mereka mendaftarkan bantahan mereka.

“Opt-in”

Individu perlu memilih dan mengikrarkan organ / tisu mereka untuk menderma di bawah skim ini.

Apabila kematian berlaku

Kami memahami apabila kematian berlaku, ia perkara yang sukar untuk seseorang. Anda mungkin terbeban mengendalikan banyak hal pentadbiran dan undang-undang. Sila lawati halaman ini untuk mendapatkan panduan mengenai langkah-langkah utama yang disyorkan apabila kematian berlaku.

My Legacy Gov.sg

Senarai semak untuk disimpan sekiranya anda kehilangan orang yang disayangi. Gunakan ini sebagai panduan untuk ketahui apa yang harus dilakukan dan siapa yang harus dihubungi bila ada kematian.

Senarai semak

Maklumat tepat pada tarikh 24 September 2021

Penjagaan dan Perkhidmatan

Selamat datang ke repositori maklumat berkaitan penjagaan dan perkhidmatan berkaitan isu-isu akhir hayat di Singapura. Harap maklum bahawa ini adalah kompilasi bahan untuk rujukan dan bukannya senarai lengkap atau bersifat preskriptif.

Penjagaan Paliatif dan Penjagaan Hospis

Apa itu is Penjagaan Paliatif dan Penjagaan Hospis?

Penjagaan paliatif bertujuan untuk meringankan penderitaan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit dan ahli keluarga mereka dengan merawat "secara keseluruhan" dari segi fizikal, emosi, psikologi dan rohani. Penjagaan paliatif bertujuan untuk menyokong pesakit sepanjang proses rawatan. Di Singapura, istilah "penjagaan paliatif" dan "penjagaan hospis" digunakan secara bergantian.

Penjagaan paliatif boleh disediakan di rumah, di rumah jagaan, pusat hospis, klinik pakar, hospital besar dan hospital masyarakat untuk memenuhi keperluan setiap pesakit. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi penjagaan di rumah, penjagaan siang hari, penjagaan dalam wad dan perkhidmatan perundingan.

Sumber: Laman web Majlis Hospis Singapura

Majlis Hospis Singapura

Majlis Hospis Singapura telah menerbitkan beberapa bahan rujukan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan paliatif antara masyarakat umum. Maklumat lebih lanjut mengenai isu-isu akhir hayat seperti perasaan dukacita dan hiba, serta memberi tumpuan kepada pengalaman para penjaga untuk disediakan.

Siri Buku Kehidupan

Kisah-kisah tentang penjagaan paliatif yang diterbitkan dari pelbagai sudut pandangan seperti pesakit, penjaga, doktor, jururawat, pekerja sosial, pakar terapi dan sukarelawan.

Kedukaan dan Kesedihan

Terbitan yang menggariskan maklumat bagaimana mendapatkan bantuan dan sokongan jika perlu, setelah mengalami kehilangan seseorang yang anda sayangi.

Bahan Rujukan untuk Para Penjaga

Siri buku-buku kecil untuk para penjaga yang menjaga orang tersayang yang sedang menerima penjagaan paliatif.

Pautan/Bahan Rujukan Relevan Yang Lain

Serenity Cancer Care, sebuah program oleh Persatuan Ain yang bertujuan untuk menyediakan sokongan emosi, sosial dan rohani kepada pesakit barah dan anggota keluarga mereka.

Serenity Cancer Care

Maklumat tepat pada tarikh 11 May 2023