Tentang Kami

Both Sides, Now

Both Sides, Now  ialah sebuah projek penglibatan masyarakat yang mengetengahkan isu-isu akhir hayat. Kematian itu adalah lumrah hidup, tetapi ramai di antara kita yang tidak selesa untuk membicarakannya. Apakah pilihan kita jika kita inginkan akhir hayat yang sempurna?

Bagaimana pula perancangan kita untuk menempuh akhir garisan kehidupan, tanpa mengira usia? Dapatkah kita berbincang dengan orang tersayang mengenai kemahuan dan keputusan kita?

Cerita Kami Pesanan daripada pasukan artistik Pasukan Kami Media

Cerita Kami

Sorotan aktiviti sepanjang tahun

2013

Semuanya bermula dengan sebuah pengalaman seni di Hospital Khoo Teck Puat yang dirancang untuk mewujudkan kesedaran, menggalakkan renungan dan mencetuskan perbualan akhir hayat di kalangan pakar penjagaan kesihatan, penjaga dan masyarakat umum. 

Para pengunjung dapat melihat karya-karya seni yang sebahagian besarnya dipamerkan di ruang legar utama. Ia terdiri daripada pemasangan berskala besar, filem-filem pendek, karya seni partisipatif dan persembahan yang berlangsung di pelantar laluan luaran.

Ketahui lebih lanjut

Ruang awam di sekeliling hospital dipasangkan dengan ayat-ayat yang mencetuskan pemikiran berhubung dengan perbualan akhir hayat.

Kanak-kanak berinteraksi dengan Turn, Turn, Turn, sebuah pemasangan seni yang melambangkan perubahan dalam hidup yang tidak terhenti.

Pemasangan ini adalah pameran meditasi dan bunyi lingkungan dunia peribadi pesakit, penjaga dan pakar penjagaan kesihatan. Mereka berkongsi bagaimana mereka tetap berdaya tahan walaupun sedang menghadapi kesakitan dan kehilangan.

Orang awam mendengar cerita dan lagu mengenai kehilangan dan harapan yang dikumpul daripada pesakit, penjaga dan pakar penjagaan hospital di pelantar laluan bersampingan kolam Yishun dan di bawah bintang.

2014

Kami beralih ke estet perumahan awam Khatib dan Toa Payoh dan mengundang orang ramai untuk meneroka dan mendalami topik-topik tentang kehidupan dan kematian.

Ini dilakukan melalui pendekatan yang menyeronokkan dan kreatif, seperti aktiviti seni partisipatif, dialog, filem, persembahan teater forum Exit dan persembahan boneka The Wind Came Home.

Ketahui lebih lanjut

Both Sides, Now muncul di kawasan Khatib dengan program-program, pemasangan seni dan aktiviti partisipatif merentasi 3 gelanggang bola keranjang. Masyarakat umum berkumpul di situ untuk menonton persembahan teater forum Exit.

Penonton diundangkan untuk tampil ke hadapan untuk masuk campur dalam jalan cerita Exit, dan mengubah nasib keluarga dalam persembahan tersebut yang di dalam kesusahan menghadapi isu kesakitan dan kematian.

Rasa ingin tahu orang ramai terserlah dalam pemasangan seni ini. Ia membolehkan mereka mengalami berbaring di dalam keranda dan mendengar bunyi-bunyian yang mempunyai cerita-cerita yang berbeza.

Seorang belia yang mengambil bahagian dalam pemasangan seni ini, menjemput orang awam untuk merenungkan dan mencatat aras perjalanan hidup mereka. Benang-benang yang berwarna-warni bertukar menjadi permaidani hasil kerja masyarakat.

2014 - 2016

Kami meneroka persembahan boneka, The Wind Came Home, di 50 buah pusat warga emas di merata Singapura, dan di penghujung setiap persembahan itu kami mengadakan perbualan yang dimudahcarakan berkaitan isu-isu akhir hayat dengan para warga emas.

Memperkenalkan boneka The Wind Came Home yang diperbuat daripada barang-barang seharian.

Persembahan boneka yang diceritakan daripada sudut pandangan kucing liar itu mengisahkan kesukaran pasangan warga emas yang perlu membuat keputusan mengenai hal-ehwal akhir hayat mereka.

Seorang pakar boneka berinteraksi dengan penonton sewaktu persembahan.

Perancangan Penjagaan Awal dikenalkan kepada warga emas melalui perbualan yang dimudahcarakan selepas setiap persembahan.

2017 - 2019

Pemasangan Seni Awam yang dipamerkan di daerah Chong Pang menggalakkan para pengunjung untuk merenung dan ketahui lebih lanjut tentang isu-isu akhir hayat dan erti kepentingannya kepada penduduk kawasan itu.

Seorang artis memimpin penduduk dalam aktiviti vokal dan gerakan yang bertujuan untuk menguasai mereka untuk menerokai kehidupan dengan lebih baik.

Penonton bergoyang mengikuti rentak muzik sewaktu persembahan partisipatif Last Dance.

Seorang penonton melihat dengan teliti pemasangan seni awam di karnival Both Sides, Now di Telok Blangah.

Pendekatan berpusatkan masyarakat telah diterapkan kerana kami ingin memperdalamkan tahap penglibatan kami untuk jangka masa yang lebih panjang. Chong Pang dan Telok Blangah ialah dua buah kawasan kejiranan yang dipilih dan kami bergabung dengan rakan-rakan masyarakat di Yishun Health (Wellness Kampung) dan Montfort Care Good Life!

Penglibatan di dua kawasan kejiranan ini berlangsung setiap dua tahun, melalui pemasangan pop-up, persembahan dan aktiviti partisipatif. 80 orang penduduk diundang untuk merenung tentang topik akhir hayat dan kepentingannya kepada mereka, melalui bengkel yang dimudahkan oleh para artis selama 3 - 6 bulan.

Respons artistik mereka dikumpulkan untuk dijadikan sebuah Pemasangan Seni Awam di kolong blok dan ruang awam di kawasan kejiranan Chong Pang (2018) dan Telok Blangah (2019), di mana pelbagai karya seni dipamerkan, seperti filem, poster, mural dan pemasangan.

Persembahan dari edisi Both Sides, Now yang lepas diolah semula dan dipentaskan di kedua-dua kejiranan sepanjang beberapa tahun, dan sebuah persembahan partisipatif asal berjudul Last Dance membuat kemunculan sulungnya.

Ceramah dan bengkel percuma disediakan untuk mereka yang berminat untuk mempelajari lebih banyak tentang isu-isu akhir hayat dari sudut masalah perubatan dan perundangan, dan juga untuk mempelajari kemahiran praktikal mengenai cara untuk memulakan perbualan ini dengan orang-orang tersayang.

Acara kemuncak yang berlangsung di Telok Blangah merupakan karnival Both Sides, Now dengan pelbagai aktiviti dan acara untuk setiap generasi!

Ketahui lebih lanjut

Pesanan daripada Pasukan Artistik

Both Sides, Now ialah sebuah projek yang ingin menjadikan perbualan tentang akhir hayat, satu perkara biasa. Sejak 2013, kami telah mencipta banyak projek artistik yang mendorong orang ramai untuk berfikir tentang bagaimana seseorang itu boleh menjalani kehidupan dan menghadapi kematian dengan baik.

Namun, kami amat sedar bahawa setakat ini kami banyak mendekati masyarakat Cina dan kurang melibatkan kumpulan etnik lain.

Ramai rakan Melayu kami telah berkongsi tentang perlunya untuk mengadakan perbualan sedemikian di kalangan masyarakat Melayu-Islam. Oleh itu, kami memutuskan untuk mengkaji  sama ada masyarakat yang lebih luas bersetuju dengan pendapat ini. Kajian kami menunjukkan bahawa memang ada keinginan di kalangan masyarakat Melayu-Islam untuk berdialog tentang isu-isu berkaitan dengan akhir hayat.

Justeru itu, kami telah adakan perbincangan secara online tahun lalu,  dengan tumpuan kepada isu-isu yang dianggap penting oleh masyarakat Melayu-Islam. Untuk membantu kami memulakan perbualan ini, kami memilih format yang menampilkan berbagai rancangan, di mana para penonton dijemput untuk menyertai perbualan ini dan hasilnya ialah wadah seni yang disampaikan secara online - iaitu Kata-Kata Kita. Kami berbesar hati dengan penglibatan awam dan perkongsian yang amat menggalakkan dan kami teruja untuk meneruskan perbualan ini dengan acara penglibatan awam tahun ini, iaitu tahun 2022, di Heartbeat@Bedok.

Tahun ini, kami mendekati isu akhir hayat dari sudut penyesalan yang berjudul Lepaskan Sesalan.  Kesedihan dan kesunyian memang sesuatu yang lumrah menyusuli  kematian orang yang dikasihi. Kasih sayang akan membawa ketenangan, manakala kekesalan akan menimbulkan rasa sesat dan tidak puas hati.  

Dahulu, kita biasa lihat datuk nenek dan ibu bapa kita “rewang” untuk membantu persiapan majlis perkahwinan atau kenduri. Mereka hadir untuk meringankan tanggungjawab keluarga yang mengadakan perjumpaan tersebut dengan menolong mengemas ataupun memotong bahan-bahan yang perlu disiapkan untuk dimasak. Idea yang tersirat dalam perkataan “rewang” nampaknya menjadi metafora amat sesuai dengan matlamat kami untuk menggalakkan masyarakat berkumpul dan berkongsi kisah-kisah mereka, dengan harapan ia dapat meringankan beban yang dipikul.

Tahun ini, turut terlibat dalam senarai program ialah artis Dahlia Osman dan syarikat persembahan tarian P7:1SMA, yang akan mencipta karya seni bersama para peserta awam untuk terus meneroka topik akhir hayat. Program yang pernah diadakan tahun lalu akan kembali, seperti DJ Dukacita, sebuah rancangan "radio" di mana orang ramai boleh berkongsi ”secara langsung”, cerita tentang kekesalan, kehilangan dan kesedihan mereka. Mari kita sama-sama menjenguk semula keluarga dari Sukar (Melepaskan) dalam karya teater forum, yang akan menjemput anda untuk membantu mereka mengharungi isu-isu akhir hayat. Satu lagi program baru tahun ini ialah Waktu, persembahan interaktif di mana kami mengajak anda untuk menyertai perjalanan protagonisnya sedang beliau menangani isu kehilangan dan memulakan proses pemulihan.

Kami juga akan terus mengadakan perbincangan panel dengan pakar-pakar dari masyarakat Melayu-Islam yang akan mengetengahkan topik-topik seperti perihal undang-undang, penjagaan paliatif dan perancangan penjagaan awal (ACP). Mereka akan turut kongsi pengalaman mereka sendiri tentang penyesalan dan isu akhir hayat.

Secara ringkas, program penglibatan awam tahun ini, Lepaskan Sesalan, terus menyediakan ruang untuk para pengunjung menjalin hubungan dan mengukir harapan, dan pada masa yang sama, menghadapi penyesalan sebelum akhirnya melepaskannya, agar kita semua bukan sahaja dapat menjalani kehidupan dengan baik, tetapi mengharungi akhir hayat secara baik juga.

Adib Kosnan, Moli Mohter, Kok Heng Leun
Pasukan Artistik

Pasukan Kami

Memperkenalkan pasukan kreatif, penyelidik dan ahli panel rujukan dari berbilang disiplin yang telah membentuk usaha Both Sides, Now: Mengukir Harapan.

Pasukan Kreatif

*Klik gambar setiap ahli untuk membaca bio mereka.

Pengarah Artistik

Kok Heng Leun
Drama Box

Artis Utama

Adib Kosnan

Artis Utama

Moli Mohter

Pengarah Kreatif

Ngiam Su-Lin
ArtsWok Collaborative

Pengarah Kreatif

Angeline Cheong
ArtsWok Collaborative

Pengarah Kreatif

Jo Lim
Drama Box

Pasukan Penyelidikan

*Klik gambar setiap ahli untuk membaca bio mereka.

Dr Ad Maulod

Sekolah Perubatan Duke-NUS
Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penuaan

Normala Bte Manap

Syarikat Latihan dan Perundingan Age Matters

Siti Hazirah Bte Mohamad

Sekolah Perubatan Duke-NUS
Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penuaan

Panel Rujukan

*Klik gambar setiap ahli untuk membaca bio mereka.

Dr Mohamad Shamsuri Juhari

Dr Nur Farhan
Bte Mohammad Alami

Dr Ad Maulod

Siti Mariam Bte Mohamad Salim

Zahara Mahmood

Mohammad Rizuan
Bin Mohammad Yasin

Penerbit

Ditubuhkan pada tahun 1990, Drama Box ialah sebuah syarikat bukan untung yang dikenali sebagai menjayakan teater yang mengutarakan dialog, renungan dan perubahan. Kebanyakan karya Drama Box adalah untuk mempersembahkan teater kepada masyarakat umum supaya mereka dapat menyertai bersama. Dengan menyentuh soal-soal yang peka dalam masyarakat dan memberi ruang untuk renungan mengenai isu-isu yang rumit, mereka mengetengahkan cerita-cerita yang mendalami kefahaman budaya, sejarah dan identiti Singapura. Drama Box adalah pertubuhan kebajikan dan Institusi Bertaraf Awam (IPC) yang didaftarkan di Singapura, disokong oleh Majlis Seni Kebangsaan Singapura dibawah Major Company Scheme dari tempoh April 2020 hingga Mac 2023.

Kegiatan ArtsWok Collaborative ditumpukan kepada seni yang menghubungkan komuniti. Ia menggunakan kekuatan seni untuk mengadakan dialog sekali gus mengundang penglibatan masyarakat dan membina jalinan merentasi perbezaan.

Kami bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin untuk merancang dan melaksanakan program seni berasaskan komuniti yang inovatif seperti Both Sides, Now dan IPS Prism. Both Sides, Now ialah karya seni yang mengundang perbualan mengenai isu-isu akhir hayat sementara IPS Prism ialah karya yang menjemput masyarakat untuk melihat cara Singapura ditakbirkan. Pada 2015, ia melancarkan festival teater belia tahunan yang pertama, Peer Pleasure, sebuah platform untuk pertukaran pendapat antara golongan belia melalui drama dan dialog. Ia memulakan The Greenhouse Sessions, sebuah program yang dianjur untuk menggalakkan pelajaran menerusi 'community of practice' dan juga The Greenhouse Lab, sebuah program yang mengutamakan perkembangan masyarakat berasaskan seni. Ia juga melakukan dan berkongsi penyelidikan yang membina kesahihan untuk perkembangan masyarakat berasaskan seni. Semua kajian kes dan artikel boleh didapati di laman web kami.

Kami adalah pertubuhan kebajikan dan Institusi Bertaraf Awam (IPC) didaftarkan di Singapura, disokong oleh Majlis Seni Kebangsaan Singapura dibawa Major Company Scheme dari tempoh April 2021 hingga Mac 2024.

Media

Ini adalah laman web arkib kami. Semua maklumat tepat pada masa penerbitan.

Siaran Akhbar

Lepaskan Sesalan Press Release

August 20, 2022

Baca Di Sini

Kata-Kata Kita Variety Show

October 1, 2021

Baca Di Sini

Closing a chapter & celebrating living with a public arts installation and a carnival in Telok Blanga

June 7, 2019

Baca Di Sini

Getting CLOSER to thinking about life and death through arts engagement festival in Chong Pang

September 19, 2018

Baca Di Sini

Interactive play and workshops to inspire meaningful end-of-life conversations

March 8, 2018

Baca Di Sini

Building Communities That Understand How to Live Well and Leave Well

October 20, 2017

Baca Di Sini

Talking about death is a community and family affair

September 19, 2014

Baca Di Sini

Contemplating life's exit with new meaning

November 18, 2013

Baca Di Sini

Laporan Media

Review: Both Sides, Now – Lepaskan Sesalan by Drama Box and ArtsWok Collaborative

28 October 2022

Baca Di Sini

Art in odd places and the artists who are breaking urban boundaries

22 September 2022

Baca Di Sini

'Lepaskan Sesalan' teroka isu akhir hayat

17 September 2022

Baca Di Sini

Live Well, Leave Well: On Death and Dying in the Malay Muslim Community

11 December 2021

Baca Di Sini

KOMENTAR: Jagaan akhir hayat yang bermakna, sedang penduduk S'pura semakin menua

14 November 2021

Baca Di Sini

Sejuk hati bincang isu akhir hayat dalam 'Kata-Kata Kita'

5 November 2021

Baca Di Sini

"Arts group to engage Malay community in talking about death via upcoming stage production"

16 October 2021

Baca Di Sini

"Arts take on science of big data"

8 October 2018

Baca Di Sini

"Puppets add light touch to heavy topics"

21 October 2017

Baca Di Sini

"Sharing about the art of living well and leaving well"

3 July 2019

Baca Di Sini

戏剧盒“两面之间”先活在当下再好好走

29 June 2019

Baca Di Sini

戏剧盒人偶剧《风回家了》引导居民思考临终议题

21 October 2017

Baca Di Sini

"Art, drama make discussions on death come alive"

2 November 2017

Baca Di Sini

"Both Sides, Now: EXIT by Drama Box and ArtsWok Collaborative"

29 June 2019

Baca Di Sini

“Kick-starting talk on death and dying early”

13 July 2019

Baca Di Sini

Laporan lain

"Case Study - On Death and Dying: Vital Signs for a Healthy Civic Dialogue"

July 2018

Baca Di Sini

Ngiam Su-Lin
ArtsWok Collaborative
Pengarah Kreatif

Su-Lin ialah pengasas bersama dan Pengarah Eksekutif ArtsWok Collaborative. Beliau telah bergiat aktif dalam bidang seni selama hampir dua dekad, khususnya dalam bidang pendidikan, kemasyarakatan, penghasilan kreatif dan kolaborasi antara disiplin. Beliau telah bekerja dengan pelbagai pertubuhan seni sebelum menubuhkan ArtsWok pada tahun 2013. Su-Lin telah menghasilkan teater masyarakat dan festival dengan kerjasama sektor-sektor awam dan swasta. Beliau juga bekerjasama dengan sekolah-sekolah, perkhidmatan sosial dan pertubuhan masyarakat dan kesihatan untuk menggabungkan proses dan pendekatan seni ke dalam program-program mereka, termasuk membina dan menulis alat latihan mereka. Beliau turut membangunkan dan memudahcarakan program membina keupayaan dan inisiatif berkaitan perkembangan masyarakat berdasarkan seni. Su-Lin juga merupakan seorang kaunselor terlatih, dan percaya hidup sebagai seorang manusia sempurna haruslah mempunyai sifat kemanusiaan terhadap diri sendiri dan masyarakat.

Angeline Cheong
ArtsWok Collaborative
Penerbit Kreatif 

Angeline telah bekerja di sektor pemerintah dan masyarakat melebihi 15 tahun, termasuk
Kementerian Pembangunan Masyarakat (kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga),
Majlis Pembangunan Masyarakat Tengah Singapura
dan Pusat Kepimpinan bukan untuk Keuntungan (kini diserap ke dalam Pusat Sukarelawan & Dermawan Nasional).

Oleh kerana latihannya dalam pekerjaan sosial dan pengajian teater, beliau mempunyai minat untuk tahu melebihi mengenai kesan persilangan seni, masyarakat dan kerja sosial. Minat ini mendorong perjalanannya sebagai sukarelawan dengan Both Sides, Now pada tahun 2014. Beliau telah menjadi Pengurus Sukarelawan untuk projek itu sejak tahun 2017, sebelum akhirnya menyertai ArtsWok sebagai seorang kakitangan.

Jo Lim
Drama Box, Pengarah Kreatif

Jo ialah pengarah teater dan pengurus seni, dan telah bekerja dalam sektor bukan mencari keuntungan selama sedekad. Sebagai pengarah, beliau telah memimpin festival teater, mengarah muzikal dan persembahan teater eksperimental intim; beliau juga telah bekerjasama secara kolaboratif di platform yang memudahcarakan proses kreatif dan perbualan antara artis pelbagai bentuk seni, budaya, dan bandar.

Sebagai pengurus seni, beliau telah mengurus pertubuhan seni dan bekerjasama dengan institusi kebudayaan, syarikat dan agensi untuk menjalin kerjasama.

Jo mempunyai ijazah sarjana muda dalam Pengajian Teater dari Universiti Nasional Singapura, dan juga ijazah sarjana dalam Pengurusan Seni dan Budaya dari Goldsmith. Beliau tertarik dengan bagaimana amalan pengurusan seni boleh menyokong pembuatan seni dalam syarikat seni kecil yang sering kali berkhidmat kepada bahagian masyarakat yang memerlukan.

Kok Heng Leun
Drama Box, Pengarah Artistik


Heng Leun ialah seorang tokoh terkemuka di dalam persada seni Singapura, yang telah membina kerjaya seninya selama beberapa dekad sebagai seorang pengarah teater, penulis drama, dramatis dan pendidik. Heng Leun terkenal dengan kebolehannya untuk melibatkan masyarakat dalam pelbagai isu melalui seni dan memperjuangkan wacana awam merentasi pelbagai lapisan masyarakat. Penerokaannya dalam seni yang melibatkan pelbagai disiplin telah menghasilkan karya seperti Project Mending Sky, sebuah siri tentang isu alam sekitar, Both Sides, Now, sebuah projek yang bertujuan untuk membiasakan perbualan akhir hayat dan It Won't Be Too Long, yang menyentuh tentang kedinamikan ruang-ruang di Singapura.

Karya terbaharunya Tanah•Air : A Play In Two Parts adalah mengenai perampasan hak orang-orang pribumi Melayu dan Orang Seletar Singapura. Sumbangan Heng Leun dalam bidang seni telah meraih penghargaan dari Majlis Seni Kebangsaan Singapura - Anugerah Artis Muda pada tahun 2000 dan Fellowship Budaya pada tahun 2014. Beliau juga berkhidmat sebagai seorang Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dari 2016 hingga 2018, mewakili bidang seni.

Adib Kosnan
Artis Utama

Adib ialah seorang penggiat teater dan kini merupakan Artis Bersekutu dengan Teater Checkpoint. Beliau berlakon, menulis dan mengarah serta telah bekerja dengan syarikat seperti Teater Kami, Teater Ekamatra, TheatreWorks, The Necessary Stage, Drama Box dan Buds Theatre.

Baru-baru ini beliau dianugerahkan Pelakon Pembantu Terbaik di Life Theatre Awards 2020 bagi wataknya dalam Angkat oleh Nabilah Said dan Noor Effendy Ibrahim, dan dicalonkan dalam kategori yang sama untuk 0600 oleh Ground-Z0 pada 2019. Pada 2018, skrip tulisannya 28.8 oleh Teater Kami dicalonkan untuk skrip Asal Terbaik.

Beliau juga merupakan seorang pendidik seni dan telah membimbing para belia sebahagian daripada Tumpil Yang Tampil, yang merupakan program bimbingan teater oleh Teater Kami. Beliau telah menulis, membimbing dan mengarahkan banyak rancangan perhimpunan sekolah untuk memenuhi keperluan pelbagai peringkat dari prasekolah hingga ke institusi pengajian tinggi. Beliau juga sangat tertarik dengan improvisasi dan teater forum sebagai alat untuk memberi kesedaran dan meningkatkan komunikasi.

Moli Mohter
Artis Utama

Moli ialah seorang penggiat teater dengan pengalaman yang luas sebagai pelakon, pendidik, fasilitator dan juga penulis serta pengarah.

Di antara karya-karya yang ditulis dan diarah beliau adalah Penantian pada 2013 dan Sembelit Lagi pada 2012. Sebagai fasilitator merangkap pelakon, beliau aktif melibatkan diri di dalam teater forum, diantaranya, Trick or Threat oleh Drama Box. Pada tahun 2009, Moli berpeluang untuk menyertai lawatan ke World Forum Theatre Festival di Austria.

Sebagai pendidik seni, beliau bekerja dengan Buds Theatre, Teater Kami dan Drama Box untuk mengajar kanak-kanak dan remaja. Beliau juga pernah bekerja dengan remaja yang berisiko di Singapore Girls’ Home, Singapore Boys’ Home dan Institut Pendidikan Teknikal.

Dr Ad Maulod
Zamil Penyelidik
Sekolah Perubatan Duke-NUS
Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penuaan

Ad Maulod ialah seorang pakar antropologi budaya dan seorang Zamil Penyelidik Kanan di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penuaan di Sekolah Perubatan Duke-NUS, Singapura.

Ad melatih dan mengetuai sebuah pasukan penyelidik kualitatif menggunakan pendekatan berpusatkan budaya, untuk meneroka penentu utama penuaan yang bermakna dan sihat di Singapura. Penyelidikan Ad dengan warga tua antara pelbagai komuniti di Singapura ini mengkaji keutamaan pembentukan tempat atau ‘placemaking’ dalam pembangunan model penuaan dalam komuniti, terutamanya penyepaduan penjagaan. Melalui penglibatan yang lebih mendalam dalam proses ini, Ad berharap untuk memajukan pengembangan penyelidikan, model dasar dan penjagaan yang meningkatkan keseteraan kesihatan, keterangkuman sosial dan peperkasaan masyarakat untuk warga tua di Singapura.

Dr Ad Maulod
Zamil Penyelidik
Sekolah Perubatan Duke-NUS
Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penuaan

Ad Maulod ialah seorang pakar antropologi budaya dan seorang Zamil Penyelidik Kanan di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penuaan di Sekolah Perubatan Duke-NUS, Singapura.

Ad melatih dan mengetuai sebuah pasukan penyelidik kualitatif menggunakan pendekatan berpusatkan budaya, untuk meneroka penentu utama penuaan yang bermakna dan sihat di Singapura. Penyelidikan Ad dengan warga tua antara pelbagai komuniti di Singapura ini mengkaji keutamaan pembentukan tempat atau ‘placemaking’ dalam pembangunan model penuaan dalam komuniti, terutamanya penyepaduan penjagaan. Melalui penglibatan yang lebih mendalam dalam proses ini, Ad berharap untuk memajukan pengembangan penyelidikan, model dasar dan penjagaan yang meningkatkan keseteraan kesihatan, keterangkuman sosial dan peperkasaan masyarakat untuk warga tua di Singapura.

Normala Binte Manap
Pengarah, Syarikat Latihan dan Perundingan Age Matters

Usaha Normala dalam pembangunan sosial, dengan tumpuan pada penuaan, telah berlangsung hampir tiga dekad. Sepanjang tempoh ini, beliau telah memperoleh pengalaman mendalam mengenai industri penjagaan kesihatan dan penuaan di setiap peringkat. Beliau telah bekerja merentas pelbagai negara dan budaya, pada peringkat pembangunan program dan dasar yang berbeza-beza. Ini termasuk membina syarikat permulaan yang inovatif dan menguruskan operasinya, hingga membina rangka kerja untuk pembangunan negara. Usaha Normala turut merentas bidang perkembangan pengetahuan - pembangunan program latihan, penganjuran bengkel dan persidangan serta wadah yang lebih khusus seperti dialog tentang dasar dan perbincangan meja bulat. Sebagai seorang perintis penjagaan penuaan di Singapura, beliau terlibat dalam pembinaan model penjagaan baharu, membangunkan rangka kerja untuk persepaduan penjagaan dan penetapan piawaian.

Sebelum menubuhkan syarikat perundingannya sendiri, Age Matters, beliau merupakan Pengarah Bersekutu Kanan di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penuaan di Sekolah Perubatan Graduan Duke-NUS.  

Siti Hazirah Binte Mohamad
Penyelidik Bersekutu
Sekolah Perubatan Duke-NUS
Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penuaan

Hazirah ialah seorang penyelidik kualitatif di Pusat Penjagaan Paliatif di Sekolah Perubatan Duke-NUS, Singapura. Beliau mengkhusus dalam bekerja dengan penjaga dan pakar penjagaan kesihatan dalam isu-isu termasuk membuat keputusan menjelang akhir hayat. Beliau telah mereka bentuk, mengendalikan dan menerbitkan kajian mengenai topik-topik dari pemberian makan melalui tiub hingga pengambilan keputusan yang rumit bagi penjaga pesakit yang mempunyai penyakit terminal. Hazirah juga sangat bersemangat dan komited untuk meningkatkan kualiti hidup dan penjagaan, baik untuk orang yang menghidap penyakit terminal dan penjaga mereka.

Dr Mohamad Shamsuri Juhari
Zamil Penyelidik, Institut Pengajian Dasar 

Sham memiliki Ijazah PhD dalam bidang Pendidikan dari Universiti Birmingham, United Kingdom. Sebelum ini, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Sosiologi Gunaan dari Universiti Nasional Singapura serta Diploma Pendidikan Pascasiswazah dari Institut Pendidikan Nasional. Beliau merupakan seorang Zamil Penyelidik di Institut Kajian Dasar di mana beliau memberi tumpuan kepada isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat Melayu-Islam dalam bidang pembangunan belia, pendidikan, keluarga dan pergerakan sosial.

Portfolio beliau sebelumnya termasuk menjadi Pensyarah Bersekutu di Universiti Sains Sosial Singapura; Pengetua di sebuah sekolah antarabangsa; Pengarah Pusat Penyelidikan dalam Ehwal Islam dan Melayu, serta menjadi Timbalan Dekan Jabatan Kemanusiaan di salah satu institusi pengajaran International Baccalaureate tempatan.

Selain daripada penglibatan kemasyarakatannya sebagai ahli jawatankuasa M³ Town @Jurong, beliau juga menganggotai Lembaga Pengarah Societus dan Jawatankuasa Rayuan Filem di Penguasa Pembangunan Infokom Media.

Dr Nur Farhan Bte Mohammad Alami
Pakar, Pusat Pakar Raffles, Perubatan Geriatrik

Dr Nur Farhan Mohd Alami ialah seorang doktor perubatan di klinik swasta. Beliau merupakan seorang pakar Perubatan Geriatrik dan berkhidmat di Hospital Raffles. Kelayakannya merangkumi Ijazah Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda dalam Pembedahan (Singapura). Beliau juga merupakan seorang Ahli Kolej Pakar Perubatan Diraja (United Kingdom). Sepanjang khidmatnya selama dua dekad, beliau telah mengumpul pengalaman dalam pengurusan masalah akhir hayat bagi warga tua termasuk penyakit organ peringkat akhir, perancangan perawatan awal dan perubatan paliatif.

Dr Farhan bersemangat dalam meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dan pencegahan penyakit. Tulisannya telah diterbitkan di akhbar tempatan termasuk TODAY dan The Straits Times. Beliau juga telah diwawancara mengenai masalah kesihatan dan penuaan di pelbagai saluran penyiaran termasuk Channel News Asia. Beliau aktif di laman media sosialnya di @geriatrician.sg.

Siti Mariam Bte Mohamad Salim
Pelajar, Sarjana dalam Terapi Seni 

Siti kini sedang mendalami minat beliau dan mengikuti kursus peringkat Sarjana dalam Terapi Seni. Beliau lulus dengan Ijazah Sarjana dalam Kaunseling Bagi Kedukaan dan Penjagaan Paliatif dari Universiti Adelaide, selain memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam jurusan pekerjaan sosial dan psikologi dari Universiti Nasional Singapura.

Beliau memiliki lebih dari 20 tahun pengalaman kerja sosial di pelbagai pertubuhan seperti Pertapis dan Persatuan Mualaf Singapura Darul Arqam dan 18 tahun pengalaman di Hospital Besar Singapura dan Hospital Besar Sengkang. Sejak tahun 2012, beliau telah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Latihan dan Kurikulum bagi Agensi Penjagaan Bersepadu bagi Perancangan Penjagaan Awal (ACP) dan memulakan perkhidmatan ACP di Hospital Besar Sengkang. Siti juga merupakan seorang pendidik dan telah memberikan latihan dalam kemahiran kaunseling, menangani kedukaan, trauma dan akhir hayat. Beliau juga telah melakukan penyelidikan mengenai diabetes dan rawatan paliatif.

Zahara Mahmood
Pekerja Sosial Utama,
Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS),
Pusat Khidmat Keluarga

Zahara ialah Pekerja Sosial Utama di Pusat Khidmat Keluarga PPIS. Beliau telah berkhidmat selama 29 tahun dan telah bekerja dalam lingkungan berkaitan masyarakat dan penjagaan kesihatan, sambil secara aktif memperjuangkan hak wanita dan keperluan penjagaan kesihatan bagi mereka yang terabai.

Beliau terlibat dalam Projek Perintis Perkabungan Singapura oleh Hospis Assisi dan Pusat Lien untuk Penjagaan Paliatif dari Januari 2009 hingga Disember 2010 untuk melatih Pekerja Komuniti dalam isu-isu berkaitan dengan perkabungan dan kehilangan. Beliau juga adalah di antara sekumpulan pemudahcara perintis yang dilatih oleh Sistem Kesihatan Gunderson, Wisconsin, Amerika Syarikat mengenai "Menghormati Pilihan" di Singapura pada tahun 2010.

Selain itu, Zahara juga merupakan sebahagian daripada Pasukan Pakar Yayasan Antarabangsa Singapura yang terlibat dalam "Program Penjagaan Paliatif untuk Kanak-kanak: Program Melatih Para Pelatih" dari tahun 2017 hingga 2021. Pasukan Pakar berkenaan kemudian mengendalikan latihan di Jakarta untuk pasukan kejururawatan dan perubatan dalam kaunseling penjagaan paliatif dan masalah akhir hayat.

Mohammad Rizuan Bin Mohammad Yasin
Rakan Urus Bersama, Emerald Law 

Rizuan menamatkan latihannya di B. Rao & K.S. Rajah (kini dikenali sebagai Emerald Law) di bawah bimbingan Encik Fazal Mohamed sebelum beliau dipanggil ke Bar Singapura sebagai seorang Peguam Bela dan Peguam Cara. Beliau kemudian berlatih di sebuah firma guaman di Singapura untuk beberapa waktu sebelum kembali ke B Rao & KS Rajah.

Rizuan mengamalkan bidang undang-undang yang luas termasuk tetapi tidak terhad kepada Perceraian Syariah / Perancangan Harta Pusaka Orang Islam, Perundangan Sivil dan Jenayah dan Undang-undang Keluarga.

Penglibatan profesional beliau di luar waktu pekerjaan termasuk berkhidmat sebagai Jurucakap Sukarelawan untuk Minggu Kesedaran Undang-Undang, sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Pro Bono Majlis Undang-Undang (2018 - Kini), dan Peguam Cara yang Ditugaskan di Biro Bantuan Guaman (2017– Kini). Selain itu, beliau juga seorang Anggota Jawatankuasa Pengamal Undang-Undang Islam di Persatuan Undang-Undang Singapura (2020-Kini). Beliau juga berkhidmat sebagai Presiden bagi Pelajar Islam Singapura di Luar Negara (2015 - 2017).