Isu akhir hayat merupakan satu topik yang ramai tidak ingin bincangkan kerana ia membuat seseorang rasa janggal atau kurang selesa.
Both Sides, Now, sebuah projek yang berasaskan seni, ingin memudahkan perbualan tentang perkara-perkara berkaitan dengan akhir hayat agar ia menjadi sesuatu perkara yang biasa.
Menjelang September, Lepaskan Sesalan, edisi Both Sides, Now untuk tahun ini, menyediakan ruang khusus untuk masyarakat Melayu-Islam meneruskan perbualan mengenai kematian, saat-saat akhir dan kesedihan.
Berdasarkan konsep "rewang", ada banyak peluang untuk pengunjung berkumpul dan berkongsi topik, dengan tumpuan mengurangkan rasa kesal selepas seseorang yang disayangi meninggal dunia.
Sertai program di Heartbeat@Bedok Atrium
dari 21-24 September 2022.
Masuk adalah percuma.
Acara akan diadakan dalam bahasa Inggeris dan Melayu.
Pameran di mana luahan kasih sayang dan kekesalan dirakam melalui karya seni Dahlia Osman dan para peserta awam.
Sertai sesi lawatan berpandu pameran bersama Dahlia dan para peserta awam pada 24 Sep.
21-24 Sep 2022
10pagi-10mlm
Ditulis & Diarah oleh Adib Kosnan
Dilakonkan oleh Dalifah Shahril, Farez Najib, Darren Guo dan R Chandran
Selami drama tentang tiga beradik yang menghadapi tahap penyesalan yang berbeza selepas bapa mereka meninggal dunia. Bantu selesaikan kemelut yang mereka hadapi untuk menjana pengajaran bagaimana proses perkabungan boleh ditangani.
21-24 Sep 2022
8.15mlm-9.30mlm
Ditulis & diarah Moli Mohter
Dilakonkan oleh Suhaili Safari
Sesi penceritaan, yang dilakukan lima kali sehari, disertai dengan pelbagai aktiviti di mana peserta akan dibimbing untuk mengeratkan jalinan yang lebih mendalam dengan diri sendiri atau dengan orang tersayang.
21-24 Sep 2022
10pagi, 1ptg, 3ptg, 6ptg, 8mlm
Sertai DJ Big apabila dia berkongsi surat-surat yang dihantar oleh mereka yang kehilangan orang-orang tersayang.
22 & 24 Sep 2022
6.15ptg-7mlm
Saksikan persembahan yang disulam dengan cebisan kisah peribadi warga emas kita dan cerita-cerita tentang melepaskan penyesalan.
21 & 23 Sep 2022
6.15ptg-7mlm
Segala yang anda perlu tahu tentang topik yang berkaitan dengan akhir hayat seperti Perancangan Penjagaan Awal (ACP), Perkara Undang-undang, Penjagaan Paliatif dan Pengebumian.
21-24 Sep 2022
3.30ptg-5ptg
Tayangan ulang semula episod-episod Sukar (Melepaskan) daripada Kata-Kata Kita tahun 2021.
21-24 Sep 2022
11.30pagi-12.30ptg
Tuliskan perasaan kesal yang tersirat dilubuk hati anda pada sekeping layang-layang dan kemudian lepaskannya!
21-24 Sep 2022
10pagi-10mlm
Sertai sesi perbualan pada akhir setiap hari di mana para hadirin boleh berkongsi perspektif dan cerita-cerita berkaitan akhir hayat yang telah mereka tonton dan saksi semasa acara Lepaskan Sesalan.
21-24 Sep 2022
9.30mlm-10mlm
11 Bedok North Street 1, Singapore 469662
Tekan untuk menyalin alamat
Pengarah Artistik
Kok Heng Leun
Artis Utama
Adib Kosnan
Artis Utama
Moli Mohter
Penerbit Kreatif
Ngiam Su-Lin, Angeline Cheong, Jo Lim
Pembantu Program
Asyiqin Rashaid, Ong Si Jie
Perunding Konsultan
Zuzanita Zakaria
Wartawan Publicis
Kirin Heng
Eksekutif Pemasaran
Durrah Qistina Bte Khairil Anwar
Penulis & Penterjemah
Ami Ismail
Pereka Visual
Currency Design
Pereka Web
Igor Hoogerwoord
Jurugambar
Zinkie Aw
Pemasaran Sosial Media dan Videografi
Muse Pte Ltd
Pengurus Tetamu dan Sukarelawan
Ajriani Asrul
Penolong Pengurus Tetamu
Jolene Chew
Pereka Ruang
Currency Design
Pereka Penggunaan Cahaya
Ema Saleh
Pereka Audio
Tini Aliman
Pengurus Produksi
Lam Dan Fong (The Backstage Affair)
Pengurus Teknikal
David Li
Spesialis Teknikal Audio
Teo Wee Boon
Penyelaras Produksi
Jeannette Chong
Pengurus Pentas
Rashid Shiddiq
Penolong Pengurus Pentas
Cheng Xin Rui
Krew Produksi Teknikal
Joanne Ng, Marilyn Ang, Raymond Goei
Peserta Awam
Decky 'Aishah, Nur’ Redhayanni, Amirah Raimi, A’tiiqah Suhaimi, Mahathir Rahim, Izzaty Ishak, Noor Zayanah, Sherz Khan, tysha khan
Artis
dahlia osman
Pengarah, Penulis Utama & Fasilitator
Adib Kosnan
Fasilitator
Kok Heng Leun
Pengurus Pentas
Deena Shaqinah
Penolong Pengurus Pentas
Lee Jia Zhen
Krew
Cindy Sng
Pelakon
Dalifah Shahril, Darren Guo, Farez Najid, R Chandran
Pengarah & Penulis
Moli Mohter
Pelakon
Suhaili Safari
DJ
Zulfadli Rashid (Big)
Peserta Awam
Amraini Bte Yaakob, Asiah Bte Haji Rosti, Faridah Binte Rahmat, Halimah Bt Awang, Hamimah Binte Ibrayan, Mazni Binte Kaswani, Nor'aini Binti Rowden, Norizan Binte Taib, Rasidah Bt Sallim, Samia Binte Mahmood, Sazlinah Bte Haron, Zaleha Binte Ismail
Artis
Norhaizad Adam, Hasyimah Harith
Pengurus Pentas
Syarifuddin Sahari
Penolong Pengurus Pentas
Nur Firas Rahmat
Krew
Jolyn Agnes Chua, Nursyafiqah Binte Sahrudin, Ahmad Dzaki Bin Shafirudin, Muhammad Danish Bin Mohamad Hamzah
Ahli Muzik
Lenny Karmila Binte Mohamed Kamal
Pereka Audio
Ridwan Bin Ramli
Pereka Prop
Kow Xiao Jun
Pereka Pakaian
Badaruddin Hassan
Pereka Web
Md. Hariz Bakri
Penulis
Dia Hakim Khaeri, Liyana Nasyita, Muhammad Fahmi bin Hazmi
Penceramah
Halijah Jantan, Hasnah Bte Abdullah, Mohammad Rizuan Bin Mohammad Yasin, Ustaz Muhammad Saiful Bin Abdul Karim, Sahnan Bin Rahim
Kami berterima kasih kepada pihak berikut yang turut menjayakan Lepaskan Sesalan:
Tote Board Community Health Fund
Agency for Integrated Care
ECCA Family Foundation
GIC Private Limited
Heartbeat@Bedok
Montfort Care – GoodLife! Bedok
National Library Board
Ain Society
Filos Community Services
SATA CommHealth
Filos Community Services
Ucapan terima kasih kepada:
Masjid Alkaff Kampung Melayu
Penderma individu kepada Both Sides, Now: Mengukir Harapan
Semua para sukarelawan kami yang tekun dan rajin berbakti.
Barangan peribadi seperti buku, barang kemas atau surat menyimpan kenangan mereka yang telah meninggal dunia. Dianggap sebagai kapsul, objek-objek ini mengekalkan sentuhan dan semangat unik setiap individu, dan membantu kita mengingati legasi mereka. Artis Dahlia Osman mencipta seni pemasangan yang dibuat daripada kapsul-kapsul ini, termasuk barangan milik arwah bapanya. Pameran ini juga menampilkan hasil ciptaan para peserta lain yang telah meneroka secara mendalam, persoalan tentang kasih sayang, kehilangan, penyesalan dan peninggalan yang baik.
Sertai sesi lawatan berpandu ke pameran bersama Dahlia dan para peserta awam. Pendaftaran tidak diperlukan.
21-24 Sep 2022
10pagi-10mlm
Ditulis & Diarah oleh Adib Kosnan
Dilakonkan oleh Dalifah Shahril, Farez Najib, Darren Guo dan R Chandran
Tiga beradik, Azhar, Ashraf dan Azura berdepan dengan tugas yang amat sukar iaitu mereka mesti menguruskan harta pusaka dan perkara-perkara lain selepas bapa mereka meninggal dunia. Anda akan bertentang dengan kekecewaan, rasa putus asa, ketegangan dan penyesalan yang amat menonjol dalam drama keluarga ini. Penyertaan anda sebagai penonton adalah kunci untuk membantu adik-beradik ini membuat keputusan tentang apa yang harus mereka lakukan. Sila beri pertimbangan dan cuba bantu menghuraikan masalah mereka.
Untuk lebih menghargai teater forum ini, tonton kisah latar keluarga ini di sini: bit.ly/bsnsukarmelepaskan. Drama tiga bahagian ini dipersembahkan tahun lepas untuk edisi Both Sides, Now yang bertema Kata-Kata Kita.
Anda juga boleh menonton tayangan tiga episod ini setiap hari pada masa berikut: 11.30pagi-12.30ptg.
21-24 Sep 2022
8.15mlm-9.30mlm
Ditulis & diarah Moli Mohter
Dilakonkan oleh Suhaili Safari
Waktu bertujuan untuk mengingatkan peserta tentang kefanaan masa sambil menekankan konsep "di sini dan sekarang", supaya kita hidup dan hargai yang kini, sentiasa disayangi dan selalu menyayangi. Cerita ini berkisahkan tentang Ayu yang telah kehilangan suami. Ayu akan membawa pengunjung melalui perjalanannya yang penuh penyesalan, harapan dan impian yang tidak akan tercapai, sambil beliau gigih buat persiapan untuk majlis hari jadi arwah suaminya yang telah tertunggak selama setahun. Dia berkongsi bagaimana kematian telah mengajarnya untuk hargai masa bersama orang tersayang serta menilai semula kehidupan dan hubungannya dengan orang lain, walaupun dia sendiri sedang cuba mengatasi kesedihan yang menyusuli kehilangan suaminya.
Dipersembahkan lima kali dalam sehari, pengunjung boleh mengambil bahagian dalam aktiviti yang berbeza yang akan membantu mereka berinteraksi dengan orang-orang tersayang.
21-24 Sep 2022
10pagi, 1ptg, 3ptg, 6ptg, 8mlm
Setiap orang menghadapi kematian dan kesedihan secara berbeza. Ada yang bersedih sendirian, manakala ada yang berasa selesa berkongsi kisah mereka. Dalam program interaktif yang berlatarkan suasana santai ini, DJ Big akan membacakan surat-surat mengenai kehilangan. Pada masa yang sama, kita juga meneroka spektrum luas erti penyesalan - dari sesuatu yang kelihatan remeh, kepada yang membebankan fikiran kita. Penonton juga akan dijemput berkongsi kisah peribadi tentang kehilangan untuk memberi perangsang, harapan dan inspirasi.
22 & 24 Sep 2022
6.15ptg-7mlm
Renungan mata mencermin diri,
Ikhlasnya dari jantung ke hati.
Hulur tangan bisikan naluri,
Maaf zahir dan batin kembali.
Persembahan ini merangkumi cebisan kisah-kisah warga emas dalam masyarakat Melayu-Islam kita. Sebelum kita menghembuskan nafas terakhir, ini adalah satu usaha bersama untuk merenung apa yang telah dan tidak dilakukan, serta perkara-perkara yang telah diabaikan dalam perhubungan kita.
Warga emas melambangkan kearifan. Oleh itu, kami cuba memahami pengalaman hidup yang berbeza dan cabaran-cabaran mobiliti pada usia senja. Usaha P7:1SMA (Prisma) untuk menjalin silaturrahim dengan sekumpulan warga emas dari Montfort Care - GoodLife! Bedok setiap minggu melibatkan perkongsian tentang kemaafan, melepaskan penyesalan dan meredhai kehilangan.
Dalam menghormati proses kehidupan, kami berharap dapat membuat perubahan sosial melalui persembahan kami. Masa bersama dengan warga emas adalah satu anugerah untuk kita merenung mutu kehidupan kita di dunia yang sementara ini.
Baca lebih lanjut tentang proses Kembali di sini.
21 & 23 Sep 2022
6.15ptg-7mlm
Mengapa anda perlu membuat perancangan penjagaan awal? Bagaimana cara membuat wasiat? Apakah cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh orang-orang tersayang jika anda tidak menyatakan pilihan anda sebelum anda mati? Membuat persiapan akan membantu orang-orang tersayang menguruskan penjagaan anda dengan lebih baik sebelum dan selepas pemergian anda.
Ceramah umum mengenai Perancangan Penjagaan Awal, Perkara Undang-undang, Penjagaan Paliatif dan Pengebumian, akan membantu anda menangani isu-isu penjagaan akhir hayat, kematian dan saat-saat akhir. Ketahui tentang hospis dan rawatan perubatan akhir hayat, atau pengagihan harta pusaka. Sila lakarkan legasi anda sendiri untuk permudahkan urusan mereka yang akan anda tinggalkan.
Apakah undang-undang yang anda perlu tahu mengenai isu-isu akhir hayat? Ketahui lebih lanjut tentang pentingnya perancangan harta pusaka, wasiat, dan fara’id. Sertai ceramah oleh peguam Mohammad Rizuan, di mana beliau akan berkongsi pengalaman profesionalnya yang berkaitan dengan isu-isu akhir hayat. Sila datang dengan soalan-soalan yang merangkumi topik harta pusaka dalam Islam dan cara-cara untuk menguruskan aset arwah.
Mohammad Rizuan Bin Mohammad Yasin adalah Pengarah Urusan Emerald Law LLC. Beliau berkecimpung dalam bidang undang-undang yang luas, termasuk undang-undang Syariah.
Apakah persiapan dan perancangan yang diperlukan untuk menguruskan jenazah? Fahami lebih lanjut tentang pengurusan pengebumian bersama Uztaz Muhammad Saiful, seorang pendidik dalam bidang ini. Beliau akan berkongsi mengenai persiapan, tradisi dan adat yang berlaku di sebalik upacara pengebumian. Beliau juga akan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan topik tersebut.
Ustaz Muhammad Saiful Bin Abdul Karim telah dilantik sebagai Pengurus MTFA Ihsan Casket pada tahun 2021. Beliau juga seorang guru agama bertauliah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Sebelum menguruskan MTFA Ihsan Casket, beliau mengambil alih jawatan Pengurus di Rumah Anak Yatim MTFA Darul Ihsan, serta jawatan Eksekutif dalam Pengurusan Harta Pusaka selama 11 tahun. Ustaz Muhammad Saiful kini giat menjalankan kursus pengurusan jenazah secara dwi-bulanan. Usaha pendidikannya telah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang tradisi dan kepentingan upacara pengebumian.
Bagaimana kita boleh merancang penjagaan kesihatan kita sendiri sambil turut mengemudi perbualan yang sukar seperti kematian? Adakah perbincangan tentang kematian dengan orang yang tersayang itu penting dan perlu? Sertai ceramah bersama jururawat Hasnah dan Sahnan di mana mereka berbincang tentang Perancangan Penjagaan Awal (ACP) dan faedahnya, serta cara untuk mendekati perbualan akhir hayat dengan orang tersayang.
Hasnah bte Abdullah adalah Jururawat Kakitangan Kanan di jabatan Kejururawatan Khasdi Hospital Besar Changi (CGH). Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 40 tahun dalam bidang kejururawatan di pelbagai jabatan - wad pembedahan, unit rawatan rapi dan unit pergantungan tinggi. Hasnah adalah ahli teras Kumpulan Kerja Perancangan Penjagaan Awal (ACP) dan menjalankan latihan ACP di CGH dan rumah-rumah penjagaan. Beliau menyediakan penyeliaan klinikal bagi fasilitator ACP baharu. Beliau juga mewakili CGH dalam Amalan Komuniti (COP) untuk memastikan amalan terbaik dan tahap kualiti ACP sentiasa tinggi di semua hospital dan institusi-institusi awam.
Sahnan Bin Rahim adalah jururawat kesihatan mental dan kini merupakan Jururawat Klinikal dalam Program Psikogeriatrik Komuniti (CPGP) di Hospital Besar Changi (CGH). Beliau berpengalaman dengan pesakit dewasa dan berumur, yang mempunyai kondisi medikal dan psikiatri. Dilatih dalam penjagaan demensia, beliau kini menyediakan khidmat penilaian dan pendidikan dalam rumah kepada pesakit dan para penjaga mereka, pemeriksaan kesihatan untuk warga emas dan latihan kesihatan mental.
Apakah penjagaan paliatif? Bagaimanakah penjagaan paliatif di rumah berbeza daripada penjagaan hospis? Dengar dengan lebih lanjut bagaimana penjagaan paliatif boleh membantu pesakit tenat, kronik dan juga para penjaga mereka daripada Pengurus Jururawat Halijah. Beliau akan berkongsi renungan dan pandangan profesionalnya, serta refleksi dari pengalaman peribadinya sebagai seorang pesakit barah yang telah pulih.
Halijah Bte Jantan berkhidmat di Rumah Jagaan St. Andrew sebagai Pengurus Jururawat Kanan/Pendidik. Beliau mempunyai pengalaman melebihi 38 tahun dalam bidang kejururawatan, dengan fokus dalam rawatan geriatrik dan paliatif. Sebagai bekas pesakit barah, beliau sangat prihatin tentang isu-isu akhir hayat.
21-24 Sep 2022
3.30ptg-5ptg
Apakah yang akan anda lakukan apabila berhadapan dengan tugas menjaga ibu bapa yang uzur?
Apakah perasaan anda apabila adik-beradik anda seolah-olah mengabaikan tanggungjawab?
Kepada siapa anda berpaling untuk berkongsi kekesalan anda tentang kehilangan orang yang anda sayang?
Jika ini merupakan beberapa isu yang anda hadapi, anda tidak keseorangan. Anda tentu akan terkesan dengan drama ini. Tonton bagaimana tiga beradik ini menangani soalan-soalan sukar mengenai kematian, saat-saat akhir hidup dan kesedihan selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.
21-24 Sep 2022
11.30pagi-12.30ptg
Layang-layang telah lama menjadi simbol kebebasan, kegembiraan dan juga patriotisme. Ia juga melambangkan perasaan yang harus dilepaskan.
Inilah idea di sebalik aktiviti ini - di mana anda boleh mengambil seberapa lama yang perlu untuk menulis rasa kesal anda pada sekeping layang-layang, kemudian lepaskannya ke langit khayalan dan perhatikannya beredar, sambil membawa bersama sebarang perasaan marah, kecewa dan kesal.
Peserta boleh memilih untuk mempamerkan layang-layang mereka atau membawanya pulang.
21-24 Sep 2022
10pagi-10mlm
Akhiri setiap hari dengan menyertai sesi perbualan yang dibimbing oleh para sukarelawan terlatih kami, yang bertujuan untuk mengajak para hadirin merenung dan berkongsi pengalaman semasa Lepaskan Sesalan. Kami menggalakkan anda untuk berkongsi cerita-cerita anda berkaitan akhir hayat dengan para hadirin lain. Sama seperti sesi "rewang", ini adalah peluang anda untuk meluahkan isi hati, menjalin hubungan dengan orang lain, berkongsi perspektif serta sumber-sumber maklumat yang boleh membantu para hadirin dalam penjagaan orang-orang tersayang, melepaskan rasa kesal ataupun mempersiapkan diri sendiri bagi perjalanan menuju akhir hayat.
21-24 Sep 2022
9.30mlm-10mlm