Galeri

Galeri Gambar

Program Awam Lepaskan Sesalan

Lepaskan Sesalan adalah sebuah program awam yang ingin memudahkan perbualan berkaitan dengan isu akhir hayat melalui persembahan interaktif, pameran dan ceramah umum. Berdasarkan konsep “rewang”, program ini menyediakan ruang khusus untuk masyarakat Melayu-Islam melanjutkan perbicaraan mengenai kematian, saat-saat akhir, penyesalan dan kesedihan menerusi acaraKata-Kata Kita pada 2021. Lepaskan Sesalan telah diadakan di Heartbeat@Bedok dari 21 - 24 Sept 2022.

Bengkel bersama para peserta awam dan artis, Dahlia Osman

Artis Dahlia Osman telah berkerjasama dengan para peserta awam selama beberapa bulan untuk mencipta seni pemasangan yang dibuat daripada barangan peribadi, termasuk barangan milik arwah bapanya sendiri. Karya seni ini juga menampilkan hasil ciptaan para peserta lain yang telah meneroka secara mendalam, persoalan tentang kasih sayang, kehilangan, penyesalan dan peninggalan yang baik. Setiap sesi merangkumi pengajaran tentang pelbagai teknik melukis, prinsip-prinsip dan bahan seni di mana peserta dapat meneroka dan menyentuh daya kreatif mereka.

Bengkel bersama warga emas dan P7:1SMA

Selama empat bulan, pelatih dari kumpulan tarian P7:1SMA membimbing siri bengkel tarian, termasuk tarian Melayu, dan aktiviti-aktiviti untuk menjalin silaturrahim dengan warga emas dari Montfort Care - GoodLife! Bedok. Bengkel-bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan persembahan tarian yang menafsirkan isu-isu mencabar yang berkaitan dengan kemaafan, melepaskan penyesalan dan meredhai kehilangan seseorang. Semua ini dicerminkan melalui gerakan tarian.

Persembahan Kata-Kata Kita

Personaliti popular Hatta Said dan Gloria Tan mengacara rancangan ini yang mempamerkan persembahan teater khas Sukar (Melepaskan), Radio Dukacita, Pantang dan persembahan muzik oleh Khairul Afwan. Penonton dihiburkan sambil mempelajari lebih lanjut tentang topik menjelang akhir hayat seperti Perancangan Penjagaan Awal, hukum Faraidh, pengurusan wasiat dan mengatasi perasaan hiba dan kehilangan. Rancangan ini dipersembahkan secara langsung di Pusat Seni Aliwal pada 5 – 7 November 2021.

Latihan Sukarelawan

Kumpulan sukarelawan yang baharu sudah menjalani latihan selama satu hari setengah. Mereka mempelajari mengenai Perancangan Penjagaan Awal dan juga nilai-nilai mengenai akhir hayat melalui permainan teater dan aktiviti seni partisipatif sepanjang bengkel latihan.

Bengkel Penglibatan Komuniti

Siri Bengkel Penglibatan Komuniti berlangsung dari Mac - April 2021. Ianya bertujuan untuk menyelidik dan mendalami pemahaman kami mengenai perspektif dan sikap terhadap isu-isu akhir hayat di kalangan masyarakat Melayu-Islam. Sebanyak 7 buah bengkel telah dijalankan bersama mereka dari peringkat umur 17 tahun ke atas, termasuk penjaga tunggal dan anak sulung.

Video

Both Sides, Now: Mengukir Harapan 2021-2022

Mari kita imbas kembali edisi Both Sides, Now dari 2 tahun lepas Dinamakan Mengukir Harapan! Diadakan dari 2021 - 2022, edisi bahasa Melayu ini melibatkan sebahagian besar masyarakat Melayu-Islam, secara langsung dan peribadi, untuk membuka r ruang khusus untuk menangani topik sukar seperti kehilangan, penyesalan, kematian dan saat-saat akhir.

Saksikan program-program daripada 2 tahun lepas ini dari pasukan kreatif tentang kesannya, dan betapa bermaknanya edisi Both Sides, Now ini untuk mereka.

Tonton lebih

Treler Lepaskan Sesalan 2022

Dengarkan apa kata artis utama Adib Kosnan dan Moli Mohter, serta artis residen Dahlia Osman dan P7:1SMA, tentang proses kreatif yang berlaku di sebalik proses persiapan Lepaskan Sesalan dan cara setiap program mengupas tema kehilangan dan penyesalan. Tonton untuk kenal lebih lanjut tentang program-program Lepaskan Sesalan!

Tonton lebih

Treler Rancangan Kata-Kata Kita 2021

Ada saatnya kita semua berdepan dengan topik kematian, baik melalui kehilangan orang yang tidak dijangka, menjaga seseorang yang disayangi atau dari situasi yang membuat kita takut atau bimbang tentang pemergian kita sendiri. Lihat sekilas rancangan Kata-Kata Kita di mana kita membincangkan isu mengenai akhir hayat, perancangan penjagaan awal, penjagaan, kesedihan dan kehilangan. Saksikan rancangan ini di saluran Youtube kami.

Tonton lebih

Suara Masyarakat

Kami merakamkan suara masyarakat Melayu-Islam yang mengambil bahagian dalam Bengkel Penglibatan Komuniti kami.

Tonton lebih

Sesi Kueh-Kueh

Siri pengenalan kepada edisi terbaru Both Sides, Now: Mengukir Harapan. Sesi Kueh Kueh menampilkan Pasukan Artistik kami, Kok Heng Leun, Moli Mohter, Adib Kosnan, dan Penerbit Kreatif Ngiam Su-Lin untuk membincangkan tentang karya-karya seni yang telah mereka hasilkan.

Tonton lebih