Semua gambar pemasaran di halaman web ini ialah rekaan Zinkie Aw

Both Sides, Now: Mengukir Harapan dengan bangganya mempersembahkan Kata-Kata Kita, sebuah rancangan sesuai untuk semua peringkat umur!

Personaliti popular Hatta Said dan Gloria Tan mengacara rancangan ini yang mempamerkan persembahan teater khas Sukar (Melepaskan), Radio Dukacita, Pantang dan persembahan muzik oleh Khairul Afwan. Selain berhibur, penonton juga dapat mempelajari tentang topik menjelang akhir hayat seperti Perancangan Penjagaan Awal, hukum Faraidh, pengurusan wasiat dan mengatasi perasaan hiba dan kehilangan. Persembahan diadakan dalam dwibahasa Inggeris dan Melayu.

Rancangan ini dipersembahkan secara langsung di Pusat Seni Aliwal pada 5 – 7 November 2021.

Tonton sekarang

Kongsi pendapat anda mengenai rancangan ini dengan kami

Program

Sukar (Melepaskan)

Sukar (Melepaskan) ialah sebuah persembahan drama yang mencerminkan kehidupan 3 beradik yang telah kehilangan ibu mereka secara mendadak dulu. Kini mereka bersama dengan seorang ayah yang uzur dan perlukan penjagaan. Inilah masanya mereka berbakti kepada orang tua yang pernah mengasuh mereka dengan penuh kasih sayang. Bolehkah mereka bermuafakat?

Ditulis dan diarahkan oleh:

Adib Kosnan dan Moli Mohter

Dipersembahkan oleh:

Dalifah Shahril, Farez Najid, Izzul Irfan dan R Chandran

Tonton Semua Episod

Episod

Ep 3: Selamat Tinggal / Goodbye

Diikuti dengan perbincangan panel

Azhar, Ashraf & Azura menghadapi kewajipan menjaga bapak mereka yang sudah uzur. Siapakah yang lebih berhak menjaga bapak – anak lelaki sulung yang sibuk dengan perihal kerja dan keluarga sendiri, anak bungsu yang belum berdikari atau anak perempuan yang sudah berkeluarga, seorang suri rumah kerana dia lebih “layak” dalam segala hal penjagaan…sebab dia perempuan?

Diikuti perbincangan panel dengan:

Puan Halijah Bte Jantan, Pengurus Jururawat Kanan / Pendidik Jururawat Kanan, Rumah Jururawat St Andrews (Taman Jurong).

* klik nama panelis untuk melihat bio mereka

Ep 12: Cuak / Health Scare

Diikuti dengan perbincangan panel

Azura berhadapan dengan masalah kesihatan, sementara kesihatan ayahnya pula semakin merosot. Rasa bimbang melanda Azura kerana runsing memikirkan orang-orang yang akan ditinggalkannya, dan tanggungjawab yang bakal terabai andai dia pergi dahulu. Adakah ini masa yang sesuai untuk menunaikan impiannya, termasuk apa yang akan terjadi dengan akaun media sosialnya?

Diikuti perbincangan panel dengan:

Puan Zahara Mahmood, Pekerja Sosial Utama, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Pusat Khidmat Keluarga

* klik nama panelis untuk melihat bio mereka

Ep 156: Duit / Money

Diikuti dengan perbincangan panel

Adik-beradik terpaksa menerima hakikat bapak telah meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Azhar terburu-buru ingin menjalankan tanggungjawabnya, sementara Ashraf dan Azura mengambil masa untuk memproseskan kepergian bapak. Apa persiapan bapak sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir? Kenapa tidak seorang pun yang tahu?

Diikuti perbincangan panel dengan:

Encik Mohammad Rizuan Bin Mohammad Yasin, Rakan Urus Bersama, Emerald Law.

* klik nama panelis untuk melihat bio mereka

Radio Dukacita

Radio Dukacita ialah inisiatif mendekati masyakarat Melayu-Islam tempatan dengan mengadakan wadah untuk berkongsi tentang kematian. Pendengar digalakkan tampil dan luahkan isi hati dan perasaan mereka melalui perkongsian ini. Setiap kiriman akan dibacakan oleh DJ Big; sambil kita merenungkan kesan pemergian orang yang tersayang terhadap mereka yang masih mengorak langkah meneruskan kehidupan. Tentu ada beribu soalan yang belum terungkai. Dapatkah kita temui jawapan, atau hanya dapat menerima kenyataan yang tiada huraian?

Penonton diundang untuk memanggil dalam talian dan berkongsi surat mereka semasa persembahan berlangsung.

Tonton Sekarang

Pantang

Bergelak hati dengan Hatta Said dan Gloria Tan sewaktu mereka melakonkan situasi yang disarankan oleh penonton dalam studio, seperti mesej takziah terburuk yang pernah diterima, apa yang harus dipakai untuk acara pengebumian - dan apa yang tidak harus dilakukan.

Persembahan muzik oleh Khairul Afwan

Afwan akan mendendangkan versi akustik lagu Both Sides, Now untuk memulakan rancangan malam itu.

Para penonton dapat memilih dan mengundi lagu dari senarai yang akan kemukakan untuk merawat rasa kehilangan.

Kredit

Pasukan Kreatif

Tajuk

Nama

Pengarah Artistik

Kok Heng Leun

Artis Utama

Adib Kosnan

@adibkosnan

Artis Utama

Moli Mohter

@molizah77

Pengarah Kreatif

Ngiam Su-Lin, Jo Lim

Penolong Pengarah Kreatif

Angeline Cheong

Pemasaran dan Publisiti

Tajuk

Nama

Pengurus

Charlene Haridas, Kirin Heng

Pengulas Pemasaran

Muhammad Muazzam (Zam), Siti Hajar Zainal

Pereka Visual

Currency Design

@currencydesign

Pereka Web

Apance

@apance.ai

Jurugambar

Zinkie Aw

@i_shoot_habits

Pengurusan Sukarelawan

Tajuk

Nama

Pengurus Sukarelawan

Ajriani Asrul

Pasukan Penyelidik (Reka Bentuk Program)

Tajuk

Nama

Penasihat Utama

Dr Ad Maulod (Senior Research Fellow, Centre for Aging Research and Education (CARE), Duke-NUS Medical School)

Penyelidik

Normala Manap, Director, Age Matters

Penyelidik

Siti Hazirah Bte Mohammad (Research Associate, CARE, Duke-NUS Medical School)

Pasukan Pengeluaran

Tajuk

Nama

Pengurus Pengeluaran

Lam Dan Fong

Pengurusan Teknikal

ARTFACTORY

@artfactorysg

Siaran Langsung

ARTFACTORY

@artfactorysg

Pengurus Ruang Nadi

Currency Design

@currencydesign

Pengurus Pentas

Celestine Wong

Penolong Pengurus Pentas

Merissa Tang

Kata-Kata Kita

Tajuk

Nama

Pengacara

Gloria Tan

@gloriatan.sl

Pengacara

Hatta Said

@coachhatta

Terbitan Video Siaran Langsung oleh

Storyarc Pte Ltd

@storyarc.sg

Penerbit

Ruby Mohd

Pengarah Teknikal

Razi Salam

Assisten Kamera

Dyn Muhammad

Assisten Kamera

Azhar Majid

Assisten Kamera

Daing Isyraf

Penerbit Studio

Ding Mahat

Juruaudio

Faris Zainuddin

Sukar (Melepaskan)

Tajuk

Nama

Pengarah dan Hak Cipta

Adib Kosnan

@adibkosnan

Pengarah dan Hak Cipta

Moli Mohter

@molizah77

Pereka Visual

Currency Design

@currencydesign

Pereka Lampu

Peck Jing-Yi, Genevieve

Pereka Bunyi

Bani Haykal

Pengurus Pentas

Muslihah Binte Mujtaba

Pelakon

Nordalifah Bte Mohd Shahril

@dalifahshahril

Pelakon

Farez Najid

@beepshuwab

Pelakon

Ramanathan Ramachandran

@rchandranrama

Pelakon

Muhammad Izzul Irfan Bin Iskandar Mulia

@cheezuls

Produksi Rakaman oleh

Storyarc Pte Ltd

@storyarc.sg

Penerbit

Ruby Mohd

Pengarah Fotografi & Penyunting

Razi Salam

Assisten Kamera

Dyn Muhammad

Juruaudio

Faris Zainuddin

Radio Dukacita 

Tajuk

Nama

DJ

Mohammad Zulfadli Bin Mohd Rashid

Musician

Tajuk

Nama

Pemuzik

Khairul Afwan Bin Rohizan

@afwan

Ucapan terima kasih

Kami berterima kasih kepada yang berikut yang juga memungkinkan Mengukir Harapan:

Penyokong

Nama

Website

Tote Board Community Health Fund

https://www.toteboard.gov.sg/

Agency for Integrated Care

https://www.aic.sg/

ECCA Family Foundation

https://eccafamily.foundation/

GIC Private Limited

https://www.gic.com.sg/

Rakan Perancangan Advance Care

Nama

Website

Pekerja Sosial dan Kaunselor

Siti Mariam Bte Mohd Salim

Nuraishah Bte Abdulla

Rokiah Bte Samsudin

Mereka yang telah menyokong kami dalam perjalanan ini

Previous Both Sides, Now Producers

Tay Jia Ying, Kevin Chew

Friends from Just Cause

Emily Perkin, Carol Liew

Individu yang telah meluangkan masa mereka untuk berkongsi cerita dengan kami semasa fasa penyelidikan kami:

Dr Nur Farhan Bte Mohammad Alami, Consultant, Raffles Medical Group

Mohamed Imran Mohamed Taib, Director, Centre for Interfaith Understanding

Dr Liyana Zailan, Registrar, Palliative Medicine & Associate Consultant, General Medicine, Woodlands Health Campus

Siti Hazirah Bte Mohammad, Research Associate, Centre for Ageing Research and Education, Duke-NUS Medical School

Mohamad Shamsuri Bin Juhari, Research Fellow, Institute of Policy Studies

Medical Social Workers, National Heart Centre

Halijah Bte Jantan, Nurse Clinician, Singapore Cancer Society*

Noorsyafiaton Sharun, Assistant Director, Serenity Cancer Care (Ain Society)

Primary Assistant Manager, Community Care Development Division, Agency for Integrated Care (AIC)

Zahara Mahmood, Principal Social Worker, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) Family Service Centre

Resident at Jamiyah Nursing Home

Siti Mariam Mohamad Salim, Medical Social Worker, Sengkang General Hospital*

Shahryanty, Social Worker, Jamiyah Nursing Home*

Mohammad Rizuan Bin Mohammad Yasin, Joint Managing Partner, Emerald Law

Dr. Ad Maulod, Senior Research Fellow, Centre for Ageing Research and Education, Duke-NUS Medical School

Mohammad Rizuan Bin Mohammad Yasin
Joint Managing Partner, Emerald Law

Rizuan menamatkan latihannya di B. Rao & K.S. Rajah (kini dikenali sebagai Emerald Law) di bawah bimbingan Encik Fazal Mohamed sebelum beliau dipanggil ke Bar Singapura sebagai seorang Peguam Bela dan Peguam Cara. Beliau kemudian berlatih di sebuah firma guaman di Singapura untuk beberapa waktu sebelum kembali ke B Rao & KS Rajah.

Rizuan mengamalkan bidang undang-undang yang luas termasuk tetapi tidak terhad kepada Perceraian Syariah / Perancangan Harta Pusaka Orang Islam, Perundangan Sivil dan Jenayah dan Undang-undang Keluarga.

Penglibatan profesional beliau di luar waktu pekerjaan termasuk berkhidmat sebagai Jurucakap Sukarelawan untuk Minggu Kesedaran Undang-Undang, sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Pro Bono Majlis Undang-Undang (2018 - Kini), dan Peguam Cara yang Ditugaskan di Biro Bantuan Guaman (2017 – Kini). Selain itu, beliau juga seorang Anggota Jawatankuasa Pengamal Undang-Undang Islam di Persatuan Undang-Undang Singapura (2020 - Kini). Beliau juga berkhidmat sebagai Presiden bagi Pelajar Islam Singapura di Luar Negara (2015 - 2017).

Ms Zahara Mahmood
Principal Social Worker
Singapore Muslim Women’s Association (PPIS)
Family Service Centre

Zahara ialah Pekerja Sosial Utama di Pusat Khidmat Keluarga PPIS. Beliau telah berkhidmat selama 29 tahun dan telah bekerja dalam lingkungan berkaitan masyarakat dan penjagaan kesihatan, sambil secara aktif memperjuangkan hak wanita dan keperluan penjagaan kesihatan bagi mereka yang terabai.

Beliau terlibat dalam Projek Perintis Perkabungan Singapura oleh Hospis Assisi dan Pusat Lien untuk Penjagaan Paliatif dari Januari 2009 hingga Disember 2010 untuk melatih Pekerja Komuniti dalam isu-isu berkaitan dengan perkabungan dan kehilangan. Beliau juga adalah di antara sekumpulan pemudahcara perintis yang dilatih oleh Sistem Kesihatan Gunderson, Wisconsin, Amerika Syarikat mengenai "Menghormati Pilihan" di Singapura pada tahun 2010.

Selain itu, Zahara juga merupakan sebahagian daripada Pasukan Pakar Yayasan Antarabangsa Singapura yang terlibat dalam "Program Penjagaan Paliatif untuk Kanak-kanak: Program Melatih Para Pelatih" dari tahun 2017 hingga 2021. Pasukan Pakar berkenaan kemudian mengendalikan latihan di Jakarta untuk pasukan kejururawatan dan perubatan dalam kaunseling penjagaan paliatif dan masalah akhir hayat.

Halijah Jantan
Pengurus Jururawat Kanan/Pendidik
St. Andrew’s Nursing Home
(Taman Jurong)

Halijah berkhidmat di Rumah Jagaan St. Andrew sebagai Pengurus Jururawat Kanan/Pendidik. Beliau mempunyai pengalaman melebihi 38 tahun dalam bidang kejururawatan, dengan fokus dalam rawatan geriatrik dan paliatif selama dekad yang lalu. Beliau pernah bekerja di Hospis Dover Park dan Persaturan Barah Singapura. Sebagai bekas pesakit barah, beliau sangat prihatin tentang isu-isu akhir hayat.

Beliau lulus dengan Ijazah Sarjana dalam ‘Person-Centred Care’ dari Universiti Queen Margaret pada tahun 2020.