Ketahui lebih lanjut di bawah

Semua gambar pemasaran di halaman web ini ialah rekaan Zinkie Aw

Both Sides, Now:
Mengukir Harapan

Both Sides, Now ialah sebuah projek penglibatan masyarakat yang mengetengahkan isu-isu akhir hayat. Kematian itu lumrah hidup yang pasti. Malangnya tidak ramai di antara kita yang rela membicarakannya secara terbuka

Apakah hak kita selagi nafas dikandung badan? Dapatkah kita merancang perjalanan pulang tanpa hilang maruah diri? Adakah orang-orang yang terdekat dan tersayang redha menerima keputusan muktamad, seberapa pahit pun, yang kita ambil di saat-saat akhir?

Kematian tidak mengenal usia. Bila tiba masanya, dapatkah mereka yang masih ada mengharungi kehidupan ini dengan harapan yang baharu?

Pasukan kreatif telah bekerjasama dengan Age Matters dan pengkaji-pengkaji untuk mengadakan penggabungan melalui seni yang kompeten dari segi budaya untuk melibatkan masyarakat Melayu-Muslim pada akhir hayat dan isu perancangan penjagaan awal.

Kajian penyelidikan ini melibatkan reka bentuk yang diterajui masyarakat dan termasuk penemuan penting dalam memahami isu dan konteks yang berkaitan dalam masyarakat Melayu-Islam mengenai isu akhir hayat.

Baca laporan penuh di sini.
 

Menampilkan

Teater Forum Sukar (Melepaskan) - Mendakap Kenangan

Selami drama tentang  tiga beradik yang menghadapi tahap penyesalan yang berbeza selepas bapa mereka meninggal dunia. Bantu selesaikan kemelut yang mereka hadapi  untuk menjana pengajaran bagaimana proses perkabungan boleh ditangani.

Baca Lebih Lanjut

Waktu

Sesi penceritaan, yang dilakukan lima kali sehari, disertai dengan pelbagai aktiviti di mana peserta akan dibimbing untuk mengeratkan jalinan yang lebih mendalam dengan diri sendiri atau dengan orang tersayang.

Baca Lebih Lanjut

kehidupan dan legasi oleh para peserta awam dan artis, Dahlia  Osman

Pameran di mana luahan kasih sayang dan kekesalan dirakam melalui karya seni Dahlia Osman dan para peserta awam.

Baca Lebih Lanjut

Kata-Kata daripada Pasukan Artistik

Ramai rakan Melayu kami telah mengesyorkan keperluan untuk mempertengahkan topik sebegini dalam masyarakat.

Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk melakukan penyelidikan dan melihat jika masyarakat umum setuju akan keperluan ini, dan jika demikian, apa jenis perbualan yang seharusnya dilaksanakan? Kami juga berbincang bagaimana pendekatan seni kami seharusnya dilakukan untuk mendekati masyarakat Melayu.

Baca Lebih Lanjut

Teater Forum Sukar (Melepaskan) - Mendakap Kenangan

Ditulis & Diarah oleh Adib Kosnan

Dilakonkan oleh Dalifah Shahril, Farez Najib, Darren Guo dan R Chandran

Tiga beradik, Azhar, Ashraf dan Azura berdepan dengan tugas yang amat sukar iaitu mereka mesti menguruskan harta pusaka dan perkara-perkara lain selepas bapa mereka meninggal dunia. Anda akan bertentang dengan kekecewaan, rasa putus asa, ketegangan dan penyesalan yang amat menonjol dalam drama keluarga ini. Penyertaan anda sebagai penonton adalah kunci untuk membantu adik-beradik ini membuat keputusan tentang apa yang harus mereka lakukan. Sila beri pertimbangan dan cuba bantu menghuraikan masalah mereka.

Untuk lebih menghargai teater forum ini, tonton kisah latar keluarga ini di sini: bit.ly/bsnsukarmelepaskan. Drama tiga bahagian ini dipersembahkan tahun lepas untuk edisi Both Sides, Now yang bertema Kata-Kata Kita.

Anda juga boleh menonton tayangan tiga episod ini setiap hari pada masa berikut: 11.30pagi-12.30ptg.

21-24 Sep 2022

8.15mlm-9.30mlm

Waktu

Ditulis & diarah Moli Mohter

Dilakonkan oleh Suhaili Safari

Waktu bertujuan untuk mengingatkan peserta tentang kefanaan masa sambil menekankan konsep "di sini dan sekarang", supaya kita hidup dan hargai yang kini, sentiasa disayangi dan selalu menyayangi. Cerita ini berkisahkan tentang Ayu yang telah kehilangan suami. Ayu akan membawa pengunjung melalui perjalanannya yang penuh penyesalan, harapan dan impian yang tidak akan tercapai, sambil beliau gigih buat persiapan untuk majlis hari jadi arwah suaminya yang telah tertunggak selama setahun. Dia berkongsi bagaimana kematian telah mengajarnya untuk hargai masa bersama orang tersayang serta menilai semula kehidupan dan hubungannya dengan orang lain, walaupun dia sendiri sedang cuba mengatasi kesedihan yang menyusuli kehilangan suaminya.

Dipersembahkan lima kali dalam sehari, pengunjung boleh mengambil bahagian dalam aktiviti yang berbeza yang akan membantu mereka berinteraksi dengan orang-orang tersayang.

21-24 Sep 2022

10pagi, 1ptg, 3ptg, 6ptg, 8mlm

kehidupan dan legasi oleh para peserta awam dan artis, Dahlia Osman

Barangan peribadi seperti buku, barang kemas atau surat menyimpan kenangan mereka yang telah meninggal dunia. Dianggap sebagai kapsul, objek-objek ini mengekalkan sentuhan dan semangat unik setiap individu, dan membantu kita mengingati legasi mereka. Artis Dahlia Osman mencipta seni pemasangan yang dibuat daripada kapsul-kapsul ini, termasuk barangan milik arwah bapanya. Pameran ini juga menampilkan hasil ciptaan para peserta lain yang telah meneroka secara mendalam, persoalan tentang kasih sayang, kehilangan, penyesalan dan peninggalan yang baik.

Lawatan Berpandu

24 Sep, 2pm-3pm

Sertai sesi lawatan berpandu ke pameran bersama Dahlia dan para peserta awam. Pendaftaran tidak diperlukan.

21-24 Sep 2022

10pagi-10mlm