Hubungi Kami

Jadi Sukarelawan!

Salah satu petanda penting kejayaan Both Sides, Now adalah sukarelawan kami yang telah memainkan peranan penting dalam pendekatan awam sejak kali pertama kita bermula pada tahun 2013. Mereka membantu menjangkau dari pintu ke pintu; dalam bengkel seni; mempermudahkan perbincangan semasa acara penglibatan awam dan mengeratkan perhubungan dengan masyarakat umum.

Kami sedang mencari sukarelawan yang boleh berbahasa Melayu. Jika anda sedang mencari peluang sukarelawan yang bermakna, sila daftar melalui borang dalam talian ini atau tulis kepada bsn@artswok.org

Daftar

Baca mengenai pengalaman mereka

"Pengalaman saya menjadi sukarelawan dengan Both Sides, Now sangat bermanfaat! Peluang untuk mengikuti Bengkel Penglibatan Komuniti antara pelbagai demografi telah memberi saya gambaran yang lebih mendalam mengenai pengalaman dan keprihatinan yang dihadapi oleh masyarakat Melayu-Islam berkaitan dengan isu-isu akhir hayat."

Nuryn Iman

"Sebagai seorang sukarelawan untuk Both Sides, Now, saya telah berpeluang untuk menglibatkan diri dengan topik yang sering diketepikan. Menggunakan seni sebagai cara untuk mendekati masyarakat telah menggalakkan perbincangan ini untuk berjalan dengan lebih lancar dan meyakinkan. Saya bukan sahaja telah membawa perbincangan tentang akhir hayat kepada masyarakat umum, manakala peluang sukarela dengan Both Sides, Now juga telah melengkapkan saya dengan kemahiran untuk bincangkan hal ini dengan orang yang terdekat dengan saya."

Caitlin O’Hara

"Terima kasih atas peluang latihan dan sukarela….saya sungguh bersyukur. Tahun ini saya akhirnya bermula untuk melakukan ACP, wasiat dan LPA saya. Saya pun berjaya untuk melakukannya untuk keluarga saya walaupun bukan mudah untuk meyakinkan mereka. Saya memerlukan beberapa tahun untuk meraih kesetujuan mereka."

Tan Sze Wei

Hubungi Kami

Telahkah anda mengambil bahagian dalam program kami? Kongsilah apa yang anda gemari mengenainya, dan apa kami boleh memperbaiki. Jika anda berminat untuk meneroka peluang penajaan dan perkongsian, hubungi kami di connect@bothsidesnow.sg